Clik yer..iklan ni..

Monday, August 24, 2009

Coretan Harian

17 September 2009

Ari ni aku MC, batu2 & flu..nak raya 4 hari lagi, macam mana nak gi jalan rumah orang. kat rumah pun kena pakai mask sbb takut jangkit kat husband and Fatehah.

Tak perlah ..redha jerlah, orang kata sakit sikit2 ni penghapus dosa-dosa kecil. Amin.




23 Ogos 2008

Hari ini mandikan TAM (my rabbit), bubuh syampu. lap badandia dan beri dia makan dan minum. Saya letakkan TAM semula ke dalam sangkar. Tapi malangnya rupa2nya TAM keluar dari sangkarnya dan duduk berhampiran pasu. TAM basah kuyup semula, kesian dia kesejukan.

Saya lapkan badan TAM supaya kering semula. Tapi TAM dia ajer, tak aktif seperti biasa. Kaki TAM macam kejang, saya suspect TAM sakit. Saya gosok badannya dgn harapan TAM sembuh semula. Tapi TAM terus terbaring. Saya sediah sangat sbb TAM adalah pengubat kesedihan saya apabila baby yg telah diserahkan kepada saya sbagai anak angkat diambil semula oleh ibunya.

Jadi kasih saya pada TAM agak mendalam. Jadi bila TAM sakit saya sedih sangat. Malam tu lepas berbuka saya lihat TAM masih terbaring lagi.

Hari ini juga, gigi susu bahagian Fatehah jatuh. Tumbuh gigi baru tapi giginya dah ak cantik sbb tumbuh 2 baris.


24 Ogos 2009

3rd day puasa.

Selepas sahur, saya tengok TAM dan tak bergerak. Sahlah TAM dah tak ada. Sedih saya.
TAk apalah dah Tuhan tentukan yg saya akan kehilangan TAM. Saya masih ada Nur FAtehah ( my chubby sweet daugther)

Hari ni berbuka puasa ngan lauk dari Terimba Restoran - package mankok Siya gitu..malaslah nak masak..lagi pun bila lagi nak rehat-rehat.

Malam lepas solat check email. Dapat email dari teman lama ...Syed Omar dari Jabatan MIneral & Geosains. Dah lama tak jumpa dia. Yg ada jumpa dgn isterinya Sukarti Ali. Dengar citer mereka dah ada anak dua. Alhamdulillah.


25 Ogos 2009

Hari ni tak ada yg interesting sangat. Cuba juga utk update blog sekejap. Zurah (adik) tanya samada masih nak ambil anak angkat tak..malas dah nak cari ...dah serik rasanya bila orang berjanji nak bagi tetiba tak jadi nak bagi. Kalau ada, hantar jer jat rumah namun nam bagi duit dulu hmm tak payahlah.. Dah serik rasanya bila 3 orang wanita yg bernama 'SU' hadir dalam hidup dgn menjanjikan anak mereka utk dipelihara tapi kesudahannya ..hampa..tak jadilah.. tak aperlah Tuhan tu maha mengetahui.


26 Ogos 2009

Today is pay day..hmmm apa lagi...



10 September 2009


Hari ni 10hb, saya sedih sangat, maklumlah orang tak nampak aper yg kita buat. Tak aperlah, sya buat kerja kerana Allah bukan utk ditunjuk2kan kepada orang. Hari ini aku berpuasa tapi aku tak dapat menahan diri dari marah pd sorang bos pendek ni..biarlah dia ada anak-anak, suatu hari nanti orang akan buat kat anak dia.

Hari ni gak, dah 3 hari buah hariku Nur Fatehah demam..takut gak kena penyakit merbahaya..minta-minta dijauhkan Tuhan..Amin


19 September 2009 - Friday

Lepas berbuka ajak hubby gi Megoplex nak gi beli tudung wanr pink for my princess. Alih2 gibeli kuih raya kat Megoplex. Ingatkan nak beli last day puasa atau malam raya, sbb kata orang masa tu depa lelong kuih.

Tapi yg kelakarnya adik2 tu jual kuih murah ler sesangat. Sbbnya 1 bekas tu depa letak RM18 tapi depa offer RM50 utk 3 bekas, tu dah kira murahnya by RM4. Bila kita minta 4 utk RM50 depa dgn senang hati boleh bagi. Terpikir gak untung ke depa meniaga kalau cam tu, sbbnya 1 bekas dah jadi RM12++. Apa lagi kita borongler sampai 8 bekas, buat buah tangan utk kakak2 dan kakak iparku.

20 September 2009 - Sabtu

Pepagi lagi dah siap sedia dgn barang2 yg nak bawak balik kat kampung. Hantar kiuh dan adik di Taman Mewah Ipoh, bagi jiran2 depan rumah dan sebelah rumah. Rasalahlah sorang sikit.

Janji dgn kakak sampai rumahnya seblm waktu berbuka, jadi singgah kat Pasar Ramadhan Baru Gajah beli ayam golek madu. Org ramai, adik dari Rawang pun nak sampai petang tu jugak - baik beli satu jenis tapi banyak.

Petang tu balik ikut jalan Bota Kiri, seronok rasanya tengok suasana kampung. Cerita pasal Bota Kiri teringat kawan lama Hamidah Ri kat Bota kiri.


Malam raya tengok anak2 sedara dan my princess main bunga api teringat zaman dolu-dolu.



21 September 2009 - Ahad

Hari Raya Aidil Fitri.

Tengok kakak pepagi dah siap2 teringatkan arwah emak semasa pagi raya. Arwah emak pasti akan bangun awal2, siapkan sarapan utk adik2 lelaki dan arwah bapa sarapan pagi sebelum gi sembahyang raya. Pagi tu adik kita dari Rawang masak nasi lemak ( terpikir gak apsal dia pagi raya masak nasi lemak??) biarlah yg penting sedap.

Pagi tu lepas depa balik dari masjid, solat sunat hariraya, gi terus kat rumah kakak di Kayan, Sitiawan, Perak.

Lepas makan2 kami terus singgah ke Kubur arwah ibu dan bapa. Sedih jugak tapi terpaksa tahan airmata- Yallah ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku, letakkan mereka ditempat yg engkau redhai ..amin.

Rombongan 4 buah kereta termasuk 1 Toyota Hiace bertolak ke parit 3R Chenderong Balai - kerumah satu-satunya makcik ku sebelah emak - kami panggilnya Wak Ratini.
Biasalah kalau gi ke rumah makcik kita ni pd 1 hariraya mesti ada PECAL JAWA- ORIGINAL PUNYER--


Dah kenyang makan kat rumah Wak Ratini kami gi ke rumah sepupu di Kg Jawa, Air Kuning ( on the way nak ke Kampar).

Sampai sana--mak oii sepupu kita masak Sayur Lodeh ngan nasi impit - lemang dan laksa pun ada. Kita tak boleh makan semua, cuma rasa sayur Lodeh ngan nasi impit. Yg bestnya da sambal goreng jawa. Alamak bestlah meratah.



22 September 2009 - Isnin

Hariraya kedua- Hari niberaya kat Parit Selekor Hutan Melintang dan Kg Baru Batu 16.
Kat Parit Selekor (21) teringatkan arwah Embah Tembong di Kg Badri. Al-Fatehah.

Kat Kg Baru Batu 16 tu, yg ada hanya sepupu-sepupu - adalah 6 buah rumah semuanya- semuanya anak-beranak Arwah Wagimin. Al-Fatihah.


Lepas gi Kg Baru, gi terus kat Parit Baru, Sg Air Tawar Sabak Bernam kat rumah Wak Lim. Singgah sembahyang maghrib kat Masjid Sabak Bernam. Yg bestnya tengok orang-orang Kg Parit baru ni terutamanya kat Lorong 4 tu, lepas jer maghrib, berduyun-duyun orang datang beraya (barakan) tatapi mereka tidak lama, macam orang datang kenduri kahwin jer.

Balik dari Parit Baru jam 12 malam, sampai kat Kayan dekat jam 2pg. Fuhh..beraya sakan.


Hari ni dan semalam makan-makan -makan.

23 September 2009 - Monday

Petang gi Gombak kat Taman Rowther. Tak pernah gi beraya kat KL - tak seronok langsung. Adaker hariraya kakak Ipar ajak gi berkelak kat Sg. Tua Hulu Yam. Sbbnya sedara-mara yg kat Kl semuanya balik Kelantan so tak ada tempatlah nak gi beraya. Memanglah saya ni berdarah kampung dan tidak sesuai duduk di pekan besar..
Tak bestlah. balik awal ke Ipoh.


24 September 2009- Tuesday

Alamak. Hari ni kena medical checkup. Kalau berat tak turn Dr Tan mesti bising.Saya ni kuat minum dan mengaami water retention - kena telan juniper berry dulu utk buang air berlebihan baru leh jumpa doctor.





Tunggu next update yer

No comments:

Post a Comment