Clik yer..iklan ni..

Friday, August 21, 2009

Sek Menengah Sultan Abdul Aziz

Saya mula belajar kat SMSAA pada tahun 1979, Tkt 1. Walaupun saya dari sekolah kampung, alhamdulillah saya dapat masuk kelas 1A. Waktu tu masalam dalam Tkt 1, saya kira agak pandai ler juga, dapt no 7 keseluruhannya.

Dalam kelas 1A, ramai kawan2 yg masih saya ingat tapi dah lost contact. Antaranya adik beradik Zamzemi Abdul Hamid, Tan Lip Seong (monitor) , Hanimah Ali, Ragunathan, Zubir (budak batu 8).

Guru kelas yg tak boleh saya lupa ialah Mr Ho..( saya dah lupa nama penuhnya) Kami selalu mengusik dgn lagu Ho..Ho Horlick... Kenangan yg tak boleh lupa dgn Mr Ho sampai sekarang ialah bilamana Mr Ho ni ajar subject Geografi kalau tak silap. Macam biasa saya ni budak rajin bila dia mengajar saya buatlah nota kat buku tulisan. Mana nak tahu subject hari itu sepatutnya dia ajar esok di depan penolongan kanan yg akan evaluate kebolehan dia mengajar, maklumlah Mr Ho masa tu guru pelatih lagi.

Nak dijadikan cerita, Penolong Kanan sudah tengok buku latihan saya lengkaop dgn nota dan tarikh. So apa lagi dia tanya saya bila Mr Ho ajar subject tu, saya pun ceritalah..apa lagi kena marahlah Mr Ho. Kesian dia, manalah saya nak tahu kisah sebenarnya.


Masa Form 1 saya mula tinggal di Asrama Puteri Jalan Maharaja Lela, sekarang dah jadi asrama putera sepenuhnya. Saya akan citer kisah saya tinggal di hostel dalam tajuk lain..tunggu tau..ni lagi best.

Masa Form 2, saya masuk kelas 2A, begitu jugak masa tkt 3. Mas Tkt 3, saya SRP dapat 12 Agregat. Mana nak sangka dapat 12 agreegat, saya saya asalnya budak kampung yg tak pandai cakap org putih..

Lepas dapat keputusan SRP saya dapat banyak hadiah, hadiah terbaik dalam setiap matapelajaran. Yg saya ingat msa tu SAins Rumah Tangga dapat A1, Sejaran A1. Kemudia palah tak ingat dah.

Tapi prestasi masa Form 4 dan Form 5 saya menurun. Ada gangguan dalam hidup dan tak concentrate study. Tapi tidak boleh dikesalkan..nasi dah jadi bubur..

Saya ni low profile masa kat SMSAA jadi orang semua tak kenal. Tapi saya masih ingat nama-nama glamour budak-budak Sultan ABdul Aziz. Antaranya arwah Maamor (ex JPJ) Kamaruzaman ( Polis kot la ni), aminuddin dan ada beberapa org lagi. Depa ni popular sbb masuk kadet polis. Kita tengok jerlah.


Masa kat Form 4 ada kakak angkat - Noreha Sharkawi ( kalau terbaca hubungi saya yer..) dia ni runner, popularlah dia ni dgn Che Wan Jasimah kita..

No comments:

Post a Comment