Clik yer..iklan ni..

Friday, September 25, 2009

21 SEPTEMBER 2009 - HARIRAYA PERTAMA

21 September 2009 - Ahad

Hari Raya Aidil Fitri.

Tengok kakak pepagi dah siap2 teringatkan arwah emak semasa pagi raya. Arwah emak pasti akan bangun awal2, siapkan sarapan utk adik2 lelaki dan arwah bapa sarapan pagi sebelum gi sembahyang raya. Pagi tu adik kita dari Rawang masak nasi lemak ( terpikir gak apsal dia pagi raya masak nasi lemak??) biarlah yg penting sedap.

Pagi tu lepas depa balik dari masjid, solat sunat hariraya, gi terus kat rumah kakak di Kayan, Sitiawan, Perak.

Lepas makan2 kami terus singgah ke Kubur arwah ibu dan bapa. Sedih jugak tapi terpaksa tahan airmata- Yallah ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku, letakkan mereka ditempat yg engkau redhai ..amin.

Rombongan 4 buah kereta termasuk 1 Toyota Hiace bertolak ke parit 3R Chenderong Balai - kerumah satu-satunya makcik ku sebelah emak - kami panggilnya Wak Ratini.
Biasalah kalau gi ke rumah makcik kita ni pd 1 hariraya mesti ada PECAL JAWA- ORIGINAL PUNYER--


Dah kenyang makan kat rumah Wak Ratini kami gi ke rumah sepupu di Kg Jawa, Air Kuning ( on the way nak ke Kampar).

Sampai sana--mak oii sepupu kita masak Sayur Lodeh ngan nasi impit - lemang dan laksa pun ada. Kita tak boleh makan semua, cuma rasa sayur Lodeh ngan nasi impit. Yg bestnya da sambal goreng jawa. Alamak bestlah meratah.

No comments:

Post a Comment