Clik yer..iklan ni..

Friday, September 18, 2009

AYAM PERCIK


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (1 kg), dipotong empat
1/2 cawan minyak masak
2 cawan santan yang diambil daripada sebiji kelapa
Garam secukup rasa
1/2 cawan gula
2 keping asam keping
5 batang serai dititik



Bahan kisar:


2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
50 g halia
5 tangkai cili kering, direbus sehingga lembut
2 biji buah keras
50 g kunyit hidup



Cara membuatnya:

1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan lumurkan garam secukup rasa dan lima camca besar bahan kisar pada ayam tadi. Perapkan hingga lebih lima jam.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga pekat.

4. Keluarkan ayam yang diperap tadi dan panggang ia di atas bara sehingga separuh masak.
5. Kemudian celupkan ia ayam di dalam kuah percik.

6. Panggang sekali lagi sehingga ayam masak sepenuhnya. Enak dimasak bersama kuah percik sesuai untuk berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment