Clik yer..iklan ni..

Friday, September 18, 2009

CHAR KWAY TEOW


Bahan-bahan (2 orang):
Bahan2 untuk paste:
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih - diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil petis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar pati ikan bilis/pati udang

Bahan2 untuk mengoreng mee:
300gm kuew teow
1 sudu besar cili kisar - kalau nak pedas boleh tambah
kerang secukupnya - boleh digantikan dengan mussell kalau susah untuk mendapatkan kerang
daun kucai dan taugeh secukupnya
2 biji telur

cara:


untuk membuat paste: rebus udang dengan 250ml sehingga masak
toskan udang dan ketepikan
ketepikan air rebusan tadi untuk dibuat paste
satukan semua bahan2 yang lain dengan air rebusan udang tadi
renihkan sehingga menjadi kuah yang pekat
matikan api dan biarkan sejuk
boleh juga disimpan di dalam fridge
untuk menggoreng: panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sehingga garing
kemudian masukkan 4 sudu besar paste udang dan kacaukan rata
masukkan udang dan kerang
kacau lagi supaya sebati
kalau nakkan berkuah bolehlah di masukkan 1/2 cawan air
bila kuah mendidih barulah dimasukkan kuew teow, daun kucah, taugeh dan kacaukan rata
akhir sekali pecahkan telur dan kacaukan rata
proses memasak kuew teow cukup sekadar 3-4 min sahaja dengan menggunakan api yang besar. tidak perlu letakkan garam sebab paste udang sudah cukup kemasinannya
angkat dan hidangkan
note: cara memasak seperti di gerai yang menggunakan paste

source: che iza, myr

No comments:

Post a Comment