Clik yer..iklan ni..

Friday, September 18, 2009

WAN TAN HOR - CHINESE STYLE


Bahan-bahan ( 2 org )

300 gm kuey teow
2 ulas bawang putih di ketuk
1 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
2 sb sos tiram
sedikit serbuk lada sulah / lada hitam

KUAH

6 ekor udang
beberapa hirisan daging
1 biji baby jagung
3 helai sawi
sedikit lobak merah
2 ulas bawang putih diketuk
3 hirisan halia dihiris halus
sedikit lada sulah
1 sk serbuk pati ayam
500 ml air / lebih kurang 3 cwn
garam secukup rasa
1 sb tepung jagung bancuh ngan sikit air
1 biji telur
Cara-cara Utk mee. Tumis bwg putih hingga kekuningan masukkan kuey teow, kicap pekat, manis n sos tiram. Gaul rata, masukkan lada sulah. Siap angkat mee letak pada 2 pinggan dan ketepikan
Utk kuah. Tumis bwg putih n halia hingga kekuningan masukkan air. Biar mendidih masukkan daging, masukkan pati ayam n lada sulah. masukkan pula udang, sawi, lobak n jagung. Buh garam sikit.
Bila kuah mendidih masukkan tepung jagung yg telah di campur ngan sikit air. Pecahkan telur n kacau cepat biar telur hancur. Kejap jer, siap n tuang kuah pada mee tadi...

sumber: che iza

No comments:

Post a Comment