Clik yer..iklan ni..

Tuesday, October 27, 2009

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG

Sedih saya baca petikan dibawah, berita mengenai tragedi itu. Tak dapat saya bayangkan bagaiman keadaan kanak-kanak yg terjatuh ke dalam sungai. Berligar-ligar dlm fikiran saya bagaimana sekiranya kanak-kanak yg terkorban itu adalah satu-satunya anak dalam keluarga yg terlibat. Sedih..tak dapat saya bayangkan keadaan ibubapa kanak-kanak berkenaan, walaupun mereka berlainan bangsa , tetapi ia amat menyedihkan.

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG yang baru dibina runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar amat menyedihkan kerana 22 pelajar terjatuh ke dalam Sungai Kampar dan dihanyutkan air deras. Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam tadi ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.
Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh. Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.

No comments:

Post a Comment