Clik yer..iklan ni..

Monday, December 28, 2009

Cerita dari Kelantan

Salam semua

25 Disember yg lepas, saya sekluarga balik ke kampung di Machang Kelantan. Balik kampung sbb nak menghadiri majlin perkhahwinan sepupu suami di Pasir Mas Kedondong. Majlis tersebut pada hari ahad 26 disember.


Pepagi hari ahad tu Yatie ( silent reader & follower) call minta tolong carikan teko kalau ada. Macam biasalah Yatie ingat saya akan ke Lokkin pagi tu, tapi rupanya dah ada di Kelate. Tak dapatlah akak nak nolong yer.

Berbalik pada kenduri kahwin (bekwah), sampai kat rumah makcik tu jam 1 tghari (bagusnya anak sedara) tengok bawah khemah ada 4 orang jer makan..Saya pun tanyalah kat husband..ni kenduri kahwin ker aper ni..tak ada orang langsung.. yg saya tengok semuanya sepupu husband dan lain2 kaum kerabat. Kalaulah kat Perak , khususnya kat Ipoh jam 1 tgh tu peak hours.

Tak lama kemudian sedikit demi sedikit sampailah tetamu. rupanya itulah cara bekwah kat kelantan. ( betulkan MrsNor). Tetamu akan datang sehingga jam 10 - 11 malam. Disebabkan saya dah sakit kepala ., saya cabutlah balik awal, sewal jam 6 ptg.

Husband pulak sibuk dgn project boring ( entahlah cam mana spellingnya tak tahu ler) tak sudah2 jadi plumber tak bertauliah. Utk pengetahuan rakan2 yg lain, booring ni dah cam perkara biasa di Kelantan sbb penduduk2 Kelantan kebanyakkannya mengalami masalah air. PVC paip akan dimasukkan sedalam 30-40 kaki ke dalam tanah dan dgn bantuan enjin, air akan disedut dan dialirkan ke paip macam biasa. Tapi saya diberitahu kaw. kota bharu tidaklah seteruk tempat2 yg lain. (betul ker MrsNor). Nak mengharapkan air kerajae ( air paip) memanglah susah. Kita yg tinggal dikaw2 yg tidak mengalami masalah bekalan air. eloklah kita berjimat cermat.

Tengahari hari Ahad tu, saya gi selinsing tempat org jual barang-barang secondhand ni hasil maklumat dari Yatie dan MrsNor. Sepupu pun bawaklah terus ke tempat tu.

Saya tengok pinggan mangkuk lama teramatlah banyaknya, tapi sayang peniaga ini takkan jual barang2 yg bukan 1 set. Contoh saya dapat lapik cawan twin rose tapi saya cari cawan twin rose tak ada, mokchik tu boleh kata dia tak jual..harga pulak lagi mahal dari di Lokkin. Tapi kalau dah terdesak tu bolehlah beli juga. Saya tak beli apa-apa pun..tak aperlah lain kali kita datang lagi. Tak tahulah mungkin ambo tak pandai kecek kelate kot..hehehe..

2 comments:

  1. salam saidah,
    akak selalu gak lawat blog idah ni,cuma tak tinggalkan jejak jerr..
    kawin dgn org kelate ekk...akak pun asal sana..mmg gitu la problem air kat sana...bekwoh pun gitu la gayanya...blh sampai ke mlm-letih tak blh cerita la...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Ani. T/kasih ler sudi visit blog saya. Kak Ani kat kelate kat mana?

    Saya suka balik kelate ni tapi tang masalah air mendukacitakan. lagi dah ada booring ok ler sikit.

    Anyway jemputlah jadi follower saya. hehehe

    ReplyDelete