Clik yer..iklan ni..

Wednesday, December 30, 2009

Kisah 29 dan 30hb Disember.

Salam semua.

Terlebih dahulu diucapkan t.kasih kpd semua follower baru terutama kactusku dan izam.

Sebenar lepas balik dari Kelate hari tu, saya terus demam tak larat nak bangun, pepagi dah muntah-muntah ..muntah ija ( hijau). Badan pun sakit-sakit. Panggil orang mengurut (lina) agak popular gak ler kat Ipoh ni, org nyer muda jer..memang puashatilah kalau dia mengurut dekat 2 jam lebih, lega sikit badan. Disebabkan badan makin panas, gilah ke Klinik Dato Dr Shahril Che Wan di Pekan Ipoh, apa lagi bila check semua naik..BP pun naik, temperature pun naik..dapatlah MC 2 hari. Disebabkan muntah2 tak boleh makan ubat, kena jab satu jarum kat bontot..sakit gak yer kena cucuk.

Pas tu malam dok rehat, badan pun masih sakit-sakit sbb saya tak makan ubat tahan sakit yg dr bagi. Kalau boleh saya elakkan ler makan ubat tahan sakit. Sampai pagi esok badan pun masih sakit lagi

HP plak tak renti2 berdering - pelanggan komplain internet breakdown..mak oiiii..kepala dah ler pening tak larat nak bangun..dapatlah banyak komplain..terpaksalah jawab sbb kena jaga pelanggan lagi pun hp kita service line..hehehe. Nasib baik gak ada hp boleh forwar msg plgn kat person technical team dan support team..kalau tak haru teman...

Sampai satu waktu saya dah tak boleh angkat telefon, anakler jadi operator tukang sampaikan msg..


Hari ni 30hb Disember --demam dah lega sikit leh ler antar msg kat kawan-kawan..

No comments:

Post a Comment