Clik yer..iklan ni..

Tuesday, August 25, 2009

Kak Sabariah Lamin



Gambar yg kat sebelah ni, ialah gambar Kak Sabariah Lamin dan keluarganya. Amboi anak2 daranya pakai sedondon warna pink. Kalau nak tahu anak Kak Saba ni semuanya pandai2 belaka.

Monday, August 24, 2009

ORANG CERITA PASAL NAK KAYA

Cerita-cerita atau angan-angan nak jadi kaya, berduit orang kata..memanglah nampaknya senang tapi kalau tak usaha susah gak yer..

Jadi kat bawah ni saya ceritaler serba sedikit yg saya nak kongsi macam mana orang cerita boleh kaya atau sekurangnya ada duit poket. Saya pun tengah belajar sambil tu nak kongsi pengalaman dgn pembaca2 blog saya (sekiranya ader ler)

Kadang2 bila terfikir balik , alangkah seronok jadi orang kaya, duit banyak. Ataupun ada kepandaian macam jutawan muda kita IRFANKHAIRI Kayaraya dalam usia muda. Tapi nak kaya bukannya duduk diam jer, kena kerja juga. Lainlah kalau dapat duit terpijak. Jadi kepada sahabat2 yg telah membaca blog saya ni cuba lawati link irfankhairi tu dan belajar macam mana diaboleh kaya raya. Modalnya Streamyx KOMBO PAKEJ dan telefon line dari TM jer, tapi yg tak dapat ialah kebijaksanaannya.. Tapi saya pun tak mampu jadi macam IrfanKhairi



14 September 2009


Setengah tu guna program sponsor atau affiliate program . Ia agak mudah terutama bila kita promote laman web kita.

Ada pula yg guna program clik utk lihat iklan, kita akan dibayar $1 USD bila kita tengok iklan mereka utk 30 saat. Utk pengiklan2, iklan2 ini adalah satu cara mereka buat marketing.

Kalau ada yg nak cuba2 dat duit dgn tengok iklan dan baca email, saya perturunkan alamat link berkenaan. click jerlah...


https://www.surveysavvy.com?id=2975176&action=join - program ni pulak , kalau ada survey adalah income...income bersih lagi halal..


http://www.clixsense.com/?2922868 - program ini, kita dibayar jika kita lihat advertisment mereka online. Cubalah ..tak rugi punyer!!

http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=saidahsamadi - 0r $6.00 Welcome Survey After Free Registration! - hmm lagi best ..register jer dapat $6 (USD) satu lagi site untuk dikongsi bersama - earn some money while doing survey.

http://www.paid-to-read-email.com/?ref=6695 - ini pulak paid to read email...penat korang nak tengok


http://mindfieldonline.com/referral/86270675 - cuba..jgn tak cuba..rugi nanti

http://www.matrixmails.com/?rid=226518 - yg ini pulak payment utk baca email atau pun click di advertisement atau pun kita buat sedikit write-up


http://www.grandptc.com/index.php?ref=saidahsamadi - dapat $1 USD per click..lagi banyak beb..



Selain dari cara yg diguna oleh IRFANKHAIRI spt yg diceritakan dlm laman webnya, diaorang kata ada referal program spt SVR2U dan serverfreak network dimana kalau kita refer kan kawan-kawan kita jadi member, kita akan dapat RM30.00 dalam e-wallet. Tapi kat serverfreak bestnya bila kita sign jer dah dapat RM30.00 dalam e-wallet.

Berlainan pula dgn svr2u.com, kita kena ada kaki baru boleh dapat duit, susah jugak nak cari kaki. Tapi kalau kerja kuat tak ada yg mustahil!!! Saya masuk sbb saya memang ler pakai minyak petronas jadi daripada tukar point dapat tisu, payung, kan elok isi minyak dapat duit!! kan best gitu. Kalau rasa nak masuk copy paste link ni (http://MY08765548.svr2u.com), insyaallah..

Sebenarnya banyak lagi peluang2 perniagaan online di internet. Oleh sebab salah satu hobi saya ialah surf kat internet jadi saya telah layari beberapa lama web berikut sebagai rujukan peluang business online. Cubalah yer..bak kata orang saya cuma tunjuk jalan, korang nak tebas pada parang ker..pakai tractor ker..itu korang punya pasal.

Cuba layari laman web2 yg ada kat blog berbahasa Inggeris saya di http://saidahbtsamadi.blogspot.com/:


Cubalah yer..mana tahu ada yg mengena pulak. Jangan lupa layari tau..kalau tak mesti rugi. Orang kata kalau dah tahu eloklah kongsi dgn kawan-kawankan!!

Coretan Harian

17 September 2009

Ari ni aku MC, batu2 & flu..nak raya 4 hari lagi, macam mana nak gi jalan rumah orang. kat rumah pun kena pakai mask sbb takut jangkit kat husband and Fatehah.

Tak perlah ..redha jerlah, orang kata sakit sikit2 ni penghapus dosa-dosa kecil. Amin.




23 Ogos 2008

Hari ini mandikan TAM (my rabbit), bubuh syampu. lap badandia dan beri dia makan dan minum. Saya letakkan TAM semula ke dalam sangkar. Tapi malangnya rupa2nya TAM keluar dari sangkarnya dan duduk berhampiran pasu. TAM basah kuyup semula, kesian dia kesejukan.

Saya lapkan badan TAM supaya kering semula. Tapi TAM dia ajer, tak aktif seperti biasa. Kaki TAM macam kejang, saya suspect TAM sakit. Saya gosok badannya dgn harapan TAM sembuh semula. Tapi TAM terus terbaring. Saya sediah sangat sbb TAM adalah pengubat kesedihan saya apabila baby yg telah diserahkan kepada saya sbagai anak angkat diambil semula oleh ibunya.

Jadi kasih saya pada TAM agak mendalam. Jadi bila TAM sakit saya sedih sangat. Malam tu lepas berbuka saya lihat TAM masih terbaring lagi.

Hari ini juga, gigi susu bahagian Fatehah jatuh. Tumbuh gigi baru tapi giginya dah ak cantik sbb tumbuh 2 baris.


24 Ogos 2009

3rd day puasa.

Selepas sahur, saya tengok TAM dan tak bergerak. Sahlah TAM dah tak ada. Sedih saya.
TAk apalah dah Tuhan tentukan yg saya akan kehilangan TAM. Saya masih ada Nur FAtehah ( my chubby sweet daugther)

Hari ni berbuka puasa ngan lauk dari Terimba Restoran - package mankok Siya gitu..malaslah nak masak..lagi pun bila lagi nak rehat-rehat.

Malam lepas solat check email. Dapat email dari teman lama ...Syed Omar dari Jabatan MIneral & Geosains. Dah lama tak jumpa dia. Yg ada jumpa dgn isterinya Sukarti Ali. Dengar citer mereka dah ada anak dua. Alhamdulillah.


25 Ogos 2009

Hari ni tak ada yg interesting sangat. Cuba juga utk update blog sekejap. Zurah (adik) tanya samada masih nak ambil anak angkat tak..malas dah nak cari ...dah serik rasanya bila orang berjanji nak bagi tetiba tak jadi nak bagi. Kalau ada, hantar jer jat rumah namun nam bagi duit dulu hmm tak payahlah.. Dah serik rasanya bila 3 orang wanita yg bernama 'SU' hadir dalam hidup dgn menjanjikan anak mereka utk dipelihara tapi kesudahannya ..hampa..tak jadilah.. tak aperlah Tuhan tu maha mengetahui.


26 Ogos 2009

Today is pay day..hmmm apa lagi...



10 September 2009


Hari ni 10hb, saya sedih sangat, maklumlah orang tak nampak aper yg kita buat. Tak aperlah, sya buat kerja kerana Allah bukan utk ditunjuk2kan kepada orang. Hari ini aku berpuasa tapi aku tak dapat menahan diri dari marah pd sorang bos pendek ni..biarlah dia ada anak-anak, suatu hari nanti orang akan buat kat anak dia.

Hari ni gak, dah 3 hari buah hariku Nur Fatehah demam..takut gak kena penyakit merbahaya..minta-minta dijauhkan Tuhan..Amin


19 September 2009 - Friday

Lepas berbuka ajak hubby gi Megoplex nak gi beli tudung wanr pink for my princess. Alih2 gibeli kuih raya kat Megoplex. Ingatkan nak beli last day puasa atau malam raya, sbb kata orang masa tu depa lelong kuih.

Tapi yg kelakarnya adik2 tu jual kuih murah ler sesangat. Sbbnya 1 bekas tu depa letak RM18 tapi depa offer RM50 utk 3 bekas, tu dah kira murahnya by RM4. Bila kita minta 4 utk RM50 depa dgn senang hati boleh bagi. Terpikir gak untung ke depa meniaga kalau cam tu, sbbnya 1 bekas dah jadi RM12++. Apa lagi kita borongler sampai 8 bekas, buat buah tangan utk kakak2 dan kakak iparku.

20 September 2009 - Sabtu

Pepagi lagi dah siap sedia dgn barang2 yg nak bawak balik kat kampung. Hantar kiuh dan adik di Taman Mewah Ipoh, bagi jiran2 depan rumah dan sebelah rumah. Rasalahlah sorang sikit.

Janji dgn kakak sampai rumahnya seblm waktu berbuka, jadi singgah kat Pasar Ramadhan Baru Gajah beli ayam golek madu. Org ramai, adik dari Rawang pun nak sampai petang tu jugak - baik beli satu jenis tapi banyak.

Petang tu balik ikut jalan Bota Kiri, seronok rasanya tengok suasana kampung. Cerita pasal Bota Kiri teringat kawan lama Hamidah Ri kat Bota kiri.


Malam raya tengok anak2 sedara dan my princess main bunga api teringat zaman dolu-dolu.



21 September 2009 - Ahad

Hari Raya Aidil Fitri.

Tengok kakak pepagi dah siap2 teringatkan arwah emak semasa pagi raya. Arwah emak pasti akan bangun awal2, siapkan sarapan utk adik2 lelaki dan arwah bapa sarapan pagi sebelum gi sembahyang raya. Pagi tu adik kita dari Rawang masak nasi lemak ( terpikir gak apsal dia pagi raya masak nasi lemak??) biarlah yg penting sedap.

Pagi tu lepas depa balik dari masjid, solat sunat hariraya, gi terus kat rumah kakak di Kayan, Sitiawan, Perak.

Lepas makan2 kami terus singgah ke Kubur arwah ibu dan bapa. Sedih jugak tapi terpaksa tahan airmata- Yallah ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku, letakkan mereka ditempat yg engkau redhai ..amin.

Rombongan 4 buah kereta termasuk 1 Toyota Hiace bertolak ke parit 3R Chenderong Balai - kerumah satu-satunya makcik ku sebelah emak - kami panggilnya Wak Ratini.
Biasalah kalau gi ke rumah makcik kita ni pd 1 hariraya mesti ada PECAL JAWA- ORIGINAL PUNYER--


Dah kenyang makan kat rumah Wak Ratini kami gi ke rumah sepupu di Kg Jawa, Air Kuning ( on the way nak ke Kampar).

Sampai sana--mak oii sepupu kita masak Sayur Lodeh ngan nasi impit - lemang dan laksa pun ada. Kita tak boleh makan semua, cuma rasa sayur Lodeh ngan nasi impit. Yg bestnya da sambal goreng jawa. Alamak bestlah meratah.



22 September 2009 - Isnin

Hariraya kedua- Hari niberaya kat Parit Selekor Hutan Melintang dan Kg Baru Batu 16.
Kat Parit Selekor (21) teringatkan arwah Embah Tembong di Kg Badri. Al-Fatehah.

Kat Kg Baru Batu 16 tu, yg ada hanya sepupu-sepupu - adalah 6 buah rumah semuanya- semuanya anak-beranak Arwah Wagimin. Al-Fatihah.


Lepas gi Kg Baru, gi terus kat Parit Baru, Sg Air Tawar Sabak Bernam kat rumah Wak Lim. Singgah sembahyang maghrib kat Masjid Sabak Bernam. Yg bestnya tengok orang-orang Kg Parit baru ni terutamanya kat Lorong 4 tu, lepas jer maghrib, berduyun-duyun orang datang beraya (barakan) tatapi mereka tidak lama, macam orang datang kenduri kahwin jer.

Balik dari Parit Baru jam 12 malam, sampai kat Kayan dekat jam 2pg. Fuhh..beraya sakan.


Hari ni dan semalam makan-makan -makan.

23 September 2009 - Monday

Petang gi Gombak kat Taman Rowther. Tak pernah gi beraya kat KL - tak seronok langsung. Adaker hariraya kakak Ipar ajak gi berkelak kat Sg. Tua Hulu Yam. Sbbnya sedara-mara yg kat Kl semuanya balik Kelantan so tak ada tempatlah nak gi beraya. Memanglah saya ni berdarah kampung dan tidak sesuai duduk di pekan besar..
Tak bestlah. balik awal ke Ipoh.


24 September 2009- Tuesday

Alamak. Hari ni kena medical checkup. Kalau berat tak turn Dr Tan mesti bising.Saya ni kuat minum dan mengaami water retention - kena telan juniper berry dulu utk buang air berlebihan baru leh jumpa doctor.





Tunggu next update yer

Saturday, August 22, 2009

Sekolah Menengah Seri Perak, Tk Intan

Saya masuk Sek Men. Seri Perak tahun 1984, masuk Form 6 kat sana. Mula-mula sampai kat pintu pagar Sekolah, saya telah nampak seorang guru dari jauh merenung saya. Serba salah kita dibuatnya. Apa salah saya, baju elok, kasuh biaalah form 6 pakai kasut hitam.. Cikgu tu panggil saya...dia tanya saya dulu dari sekolah mana? So saya jawablah sekolah sultan abdul aziz, patutlah...tak tahu ..dia kata cam tu..saya tanya tak tahu apa cikgu..saya tanya dia balik..Dia kata tak tahu undang-undang kat sekolah seri perak tak boleh pakai anak tudung warna hitam. Kena pakai warna putih..Mak oiii..dalam hati saya kata..Rupa2nya cikgu tu ialah Cikgu Hashim..guru disiplin yg ditakuti di Sekolah Men Seri Perak.

Itulah pengalaman pertama menjejakan kaki kat Sekolah Seri Perak.

Masa kat sekolah Sri Perak dulu, saya duduk arama Putri, bersebelah dgn asrama Putera. Perkataan yg saya belajar masa kat asrama di Sri Perak ialah para pelajar menggelar pelajar lelaki 'JEBON'.heheh lucu gak..Masa kat asrama saya dok kat bilik prefek dgn Rozana Mohamad (Endit), Rosnah dan sorang lagi Hanizah Ahmad..(kalau trerbaca ni tolong2lah contact saya yer..) Endit dapat contact dia..lah ni dia dok manjoi.


Masa kat Upper Six, classmate saya Hamidah Ri, Zamzemi Abdul Hamid, Zulkhairi (dengarnya jadi penyarah kat maktab perguruan di Ipoh), Mohd Yahdi (orang Batak Rabit lost contact dgn Yahdi ni..)

Friday, August 21, 2009

Sek Menengah Sultan Abdul Aziz

Saya mula belajar kat SMSAA pada tahun 1979, Tkt 1. Walaupun saya dari sekolah kampung, alhamdulillah saya dapat masuk kelas 1A. Waktu tu masalam dalam Tkt 1, saya kira agak pandai ler juga, dapt no 7 keseluruhannya.

Dalam kelas 1A, ramai kawan2 yg masih saya ingat tapi dah lost contact. Antaranya adik beradik Zamzemi Abdul Hamid, Tan Lip Seong (monitor) , Hanimah Ali, Ragunathan, Zubir (budak batu 8).

Guru kelas yg tak boleh saya lupa ialah Mr Ho..( saya dah lupa nama penuhnya) Kami selalu mengusik dgn lagu Ho..Ho Horlick... Kenangan yg tak boleh lupa dgn Mr Ho sampai sekarang ialah bilamana Mr Ho ni ajar subject Geografi kalau tak silap. Macam biasa saya ni budak rajin bila dia mengajar saya buatlah nota kat buku tulisan. Mana nak tahu subject hari itu sepatutnya dia ajar esok di depan penolongan kanan yg akan evaluate kebolehan dia mengajar, maklumlah Mr Ho masa tu guru pelatih lagi.

Nak dijadikan cerita, Penolong Kanan sudah tengok buku latihan saya lengkaop dgn nota dan tarikh. So apa lagi dia tanya saya bila Mr Ho ajar subject tu, saya pun ceritalah..apa lagi kena marahlah Mr Ho. Kesian dia, manalah saya nak tahu kisah sebenarnya.


Masa Form 1 saya mula tinggal di Asrama Puteri Jalan Maharaja Lela, sekarang dah jadi asrama putera sepenuhnya. Saya akan citer kisah saya tinggal di hostel dalam tajuk lain..tunggu tau..ni lagi best.

Masa Form 2, saya masuk kelas 2A, begitu jugak masa tkt 3. Mas Tkt 3, saya SRP dapat 12 Agregat. Mana nak sangka dapat 12 agreegat, saya saya asalnya budak kampung yg tak pandai cakap org putih..

Lepas dapat keputusan SRP saya dapat banyak hadiah, hadiah terbaik dalam setiap matapelajaran. Yg saya ingat msa tu SAins Rumah Tangga dapat A1, Sejaran A1. Kemudia palah tak ingat dah.

Tapi prestasi masa Form 4 dan Form 5 saya menurun. Ada gangguan dalam hidup dan tak concentrate study. Tapi tidak boleh dikesalkan..nasi dah jadi bubur..

Saya ni low profile masa kat SMSAA jadi orang semua tak kenal. Tapi saya masih ingat nama-nama glamour budak-budak Sultan ABdul Aziz. Antaranya arwah Maamor (ex JPJ) Kamaruzaman ( Polis kot la ni), aminuddin dan ada beberapa org lagi. Depa ni popular sbb masuk kadet polis. Kita tengok jerlah.


Masa kat Form 4 ada kakak angkat - Noreha Sharkawi ( kalau terbaca hubungi saya yer..) dia ni runner, popularlah dia ni dgn Che Wan Jasimah kita..

TELUK INTAN

My hometown senonim dengan Menara Condong Teluk Intan (click utk lihat gambar).

Inilah satu-satunya menara condong yang ada di Malaysia dan yang kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, kedudukannya di tengah bandar menjadikannya mercu tanda sejarah yang tidak terlepas dari pandangan pengunjung.

Dibina pada tahun 1885 dan dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini.

Bangunan ini dibina oleh seorang yang bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran. Pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.

Pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sehingga menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.


Sewaktu saya masih bersekolah, di sekitar Menara Condong ini dikelilingi deretan bangunan kedai. Walau bagaimanapun, kesemua bangunan itu kini telah tiada dan dibina pula dataran yang rata dan cantik untuk menarik minat pelancong.

Bagi yang berupaya, kita boleh menaiki bangunan ini, walau bagaimanapun kerana tangga Menara ini menegak dan sempit, ramai yang beralah dan membatalkan niat untuk meninjau Pekan Teluk Intan dari atas Menara ini.

.

Wednesday, August 19, 2009

TM Perak Bowling Team During Kastel 2009 at Megalanes Kuantan

Gambar-gambar diambil sewaktu Karnival Sukan TM di Kuantan pada 31 Julai 2009 - 3 Ogos 2009. Kapten masa tu ialah Hj Zam, manager Hamdan. Player lain termasuk Nor Azlina Zainuddin, Sofiah Salleh, Othman Don, Hazli Sleiman, Badarudin Mohd Noor dan tak lupa our younger brother Nazeri. Best sangat sbb Perak Team ada lagu sendiri. Masa tu Perak dapat tempat ke empat, kalah 26 pin dari Kuala Lumpur. Yg best kat Kuantan tu makan soto..sedap sangat..melecur air liur kita.







BOWLING

Hobbies are practiced for interest and enjoyment, rather than financial reward. Examples include collecting, creative and artistic pursuits, making, tinkering, sports and adult education. Engaging in a hobby can lead to acquiring substantial skill, knowledge, and experience. However, personal fulfillment is the aim.

One of my hobbies is bowling, beside planting flower, surfing internet and watching movies.

My favorite games is bowling. This is family games which I can play with my daughter and my husband. We usualy play at Ampang Superbowl Centre at Ipoh Parade, normally during week end. My games not that good eventhough I own a STORM ball, weight about 11 pounds. Actually this is my 3rd ball. My first ball was a gift from my beloved husband when he dared me to knocked 200 pinfall and I did!!. Maybe lack of practices. Sometime I did 180+ but sometime as low as 120...like a yo yo.

Since 2002, I represent TM Perak in bowling games at TM annual event (SUTMA and lately KASTEL 2009 as Kuantan)

Saturday, August 15, 2009

ISI MINYAK ...DAPAT DUIT!!! ..Berminat Hubungi Saya

MY08765548 .Ini reference anda atau click disini jika berminat. Kalau tak boleh copy paste and serach for the address : http://MY08765548.svr2u.com.

SVR perkenalkan kaedah terbaru dan inovatif untuk meningkatkan kuasa beli pengguna!

Segala masalah pengguna selama ini diselesaikan oleh SVR melalui penyatuan padu diantara Syarikat, Pengguna dan Merchant!

SVR menawarkan satu pengalaman baru dan trend masakini melalui kad keahlian– satu kad untuk membeli belah dan kitaran perbelanjaan dimana membolehkan semua mendapat faedah bersama-sama kepada sesiapa yang sertai program ini.

Dimasa hadapan SVR akan terus menerus mencari idea baru untuk memuaskan ahli SVR.Salam sahabat blog...Perniagaan terkini. Kaedah baru berbelanja.Isi minyak di petronas, dapat duit. Berbelanja diselected merchant dapat duit. Setakat ini hanya KAMDAR... Dalam proses... Giant, Tesco dan Mydin.

Selama ini berkepuk kad keahlian kita, bila berbelanja dapat point.Tukar point dapat apa??? Tissue, payung, pinggan mangkuk... itu aje!!!>>>...<<<

Join kami di SVR INTERNATIONAL.

Dengan hanya RM168 sahaja...Anda akan dapat 3 kad :
1. Petronas Smartpay yang ada RM50 credit
2. SVR GOLD untuk anda berbelanja di merchant terpilih
3. Kad Bio Energy untuk kesihatan anda

Membolehkan anda terus berbelanja. Disamping itu anda juga berpeluang menjana pendapatan lumayan!!!

Maintainance hanya dengan isi minyak RM200.00 sebulan dan anda layak menerima income bulanan.

TAPI INGAT!!! HANYA DI PETRONAS SAHAJA

Jika anda punya kereta dan berbelanja kurang dari RM100.00 sebulan. Sila abaikan sajer!!!



Alamilah Satu Pendapatan Luar Biasa Hebat, Melalui Program Perniagaan Yang Bertaraf Profesional. Sertai Dengan Rasa Lebih Selamat..Dan Mulakan Kehidupan Lebih Berkualiti Selepas Ini!Sekiranya, Anda Tercari-Cari, Bagaimanakah Cara Menambah Pendapatan, Kini Anda Telah Jumpai. Satu Formula Yang Benar-Benar Berkesan. Anda Sedia? Apa tunggu lagi..Jom Sertai Kami.. Telah dilancarkan pada 25 Julai bersempena hari pengguna di Kuantan Pahang Darul Makmur.

Jika anda berbelanja lebih dari itu dan ingin menjana pendapatan lebih dari itu... Sila hubungi : Saidah : 013-5282194 ,
email: saidah_samadi@yahoo.com
BENAR-BENAR REALITI!