Clik yer..iklan ni..

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam semua.

Selamat menyambut tahun baru 2010. Selalunya orang tanya azam..saya cam biasalah..azam nak kuruskan badan yg tak boleh nak kurus dah..tak tahu ler nak buat cam mana. Sbb aper saya segan main bowling tertunduk2 tunjukkan bumper kat orang belakang..aww..tak sanggup rasanya..rasa tak boleh nak baling bola plak...

Nak tanyaler kengkawan yg body maintain tu aper rahsia masing-masing..moga-moga kita dapat manfaat yg dapat dikongsi bersama.

Saya akan sediakan 2 giveaway:

1) Utk orang yg pertama share petua utk kuruskan badan.
2) Utk idea paling bernas yg boleh saya terima hehehheh..

Keputusan pengadil adalah muktamad..email..sms..tidak akan dilayan..hehehe

Hadiah adalah surprise..

Tinggalkan cara2 nak kuruskan badan dlm 'comment' yer..

Nama pemenang kedua akan diumukan pada akhir minggu pertama 2010.

cawan shj

Salam. Ada yg berkenan ker dgn cawan janda ni? dlm ni ada bunga:
1) Kekwa Pink - booked
2) Rose Hijau - booked
3) Cawan gebu pink & yellow rose (cam dlm blog saya - tengok label teaset) - booked

Wednesday, December 30, 2009

TEKO..TEKO..TEKO



Yang ni utk makluman jer bukan utk tindakan rakan2. Ini tititipan dari adik Nyna kita. TQ yer dik. Akak nak cari cawan putih utk jadi keluarga dia.


TRIPLET ROSES - booked & paid



TWIN ROSES ( BOOKED - ) & CABBAGE ROSES ( size besar sikit dari mini teko - booked)






Pink, yellow& & blue rose ( mini rose)Single red rose ( BOOKED & paid)





Sebelah kiri sekali peonies dah ada org punya tunggu nak hantar jer. Teko kangkung ada satu sahaja. Yg single black rose is not for sale..itu titipan dari adik Nyna kita. T/kasih yer Nyna..susah2 hantar kat akak..yg tu akak dah taruk salotap dari dlm.

TEKO-TEKO NI SEMUANYA GONE WITH THE WIND

TEASET BUNGA BAKUL, CABBAGE ROSES, PINK KEKWA, RED & ZEBRA


Bunga bakul ada 5 set sahaja ( BOOKED),




Cabbage roses ada 2 set sahaja. (BOOKED)




Ada 1 set sahaja. Booked.





Ada 5 set. Masih kotor lagi sbb belum mandi ngan clorox.

Interested parties pls sms.

Meakin Pink for my silent reader from JB


Hello there...hehehe..they are waiting for u...excuded cups , dumex plate and sugar bowl

Pink Meakin 10"




Inilah hasil buruan yg belum di N3 lagi. Ada 7 biji, masih cantik, tiada retak seribu atau stains. Interested parties pls sms. RM25 each. Take all entitle with free gift.


SOLD 1 pcs
Balance 6 pcs

Kisah 29 dan 30hb Disember.

Salam semua.

Terlebih dahulu diucapkan t.kasih kpd semua follower baru terutama kactusku dan izam.

Sebenar lepas balik dari Kelate hari tu, saya terus demam tak larat nak bangun, pepagi dah muntah-muntah ..muntah ija ( hijau). Badan pun sakit-sakit. Panggil orang mengurut (lina) agak popular gak ler kat Ipoh ni, org nyer muda jer..memang puashatilah kalau dia mengurut dekat 2 jam lebih, lega sikit badan. Disebabkan badan makin panas, gilah ke Klinik Dato Dr Shahril Che Wan di Pekan Ipoh, apa lagi bila check semua naik..BP pun naik, temperature pun naik..dapatlah MC 2 hari. Disebabkan muntah2 tak boleh makan ubat, kena jab satu jarum kat bontot..sakit gak yer kena cucuk.

Pas tu malam dok rehat, badan pun masih sakit-sakit sbb saya tak makan ubat tahan sakit yg dr bagi. Kalau boleh saya elakkan ler makan ubat tahan sakit. Sampai pagi esok badan pun masih sakit lagi

HP plak tak renti2 berdering - pelanggan komplain internet breakdown..mak oiiii..kepala dah ler pening tak larat nak bangun..dapatlah banyak komplain..terpaksalah jawab sbb kena jaga pelanggan lagi pun hp kita service line..hehehe. Nasib baik gak ada hp boleh forwar msg plgn kat person technical team dan support team..kalau tak haru teman...

Sampai satu waktu saya dah tak boleh angkat telefon, anakler jadi operator tukang sampaikan msg..


Hari ni 30hb Disember --demam dah lega sikit leh ler antar msg kat kawan-kawan..

Monday, December 28, 2009

Cerita dari Kelantan

Salam semua

25 Disember yg lepas, saya sekluarga balik ke kampung di Machang Kelantan. Balik kampung sbb nak menghadiri majlin perkhahwinan sepupu suami di Pasir Mas Kedondong. Majlis tersebut pada hari ahad 26 disember.


Pepagi hari ahad tu Yatie ( silent reader & follower) call minta tolong carikan teko kalau ada. Macam biasalah Yatie ingat saya akan ke Lokkin pagi tu, tapi rupanya dah ada di Kelate. Tak dapatlah akak nak nolong yer.

Berbalik pada kenduri kahwin (bekwah), sampai kat rumah makcik tu jam 1 tghari (bagusnya anak sedara) tengok bawah khemah ada 4 orang jer makan..Saya pun tanyalah kat husband..ni kenduri kahwin ker aper ni..tak ada orang langsung.. yg saya tengok semuanya sepupu husband dan lain2 kaum kerabat. Kalaulah kat Perak , khususnya kat Ipoh jam 1 tgh tu peak hours.

Tak lama kemudian sedikit demi sedikit sampailah tetamu. rupanya itulah cara bekwah kat kelantan. ( betulkan MrsNor). Tetamu akan datang sehingga jam 10 - 11 malam. Disebabkan saya dah sakit kepala ., saya cabutlah balik awal, sewal jam 6 ptg.

Husband pulak sibuk dgn project boring ( entahlah cam mana spellingnya tak tahu ler) tak sudah2 jadi plumber tak bertauliah. Utk pengetahuan rakan2 yg lain, booring ni dah cam perkara biasa di Kelantan sbb penduduk2 Kelantan kebanyakkannya mengalami masalah air. PVC paip akan dimasukkan sedalam 30-40 kaki ke dalam tanah dan dgn bantuan enjin, air akan disedut dan dialirkan ke paip macam biasa. Tapi saya diberitahu kaw. kota bharu tidaklah seteruk tempat2 yg lain. (betul ker MrsNor). Nak mengharapkan air kerajae ( air paip) memanglah susah. Kita yg tinggal dikaw2 yg tidak mengalami masalah bekalan air. eloklah kita berjimat cermat.

Tengahari hari Ahad tu, saya gi selinsing tempat org jual barang-barang secondhand ni hasil maklumat dari Yatie dan MrsNor. Sepupu pun bawaklah terus ke tempat tu.

Saya tengok pinggan mangkuk lama teramatlah banyaknya, tapi sayang peniaga ini takkan jual barang2 yg bukan 1 set. Contoh saya dapat lapik cawan twin rose tapi saya cari cawan twin rose tak ada, mokchik tu boleh kata dia tak jual..harga pulak lagi mahal dari di Lokkin. Tapi kalau dah terdesak tu bolehlah beli juga. Saya tak beli apa-apa pun..tak aperlah lain kali kita datang lagi. Tak tahulah mungkin ambo tak pandai kecek kelate kot..hehehe..

Tuesday, December 22, 2009

YELLOWISH




Sekali lagi N3 ni khas utk orang Klang..hehehe akak dah jumpa cawannya. Tapi tu bukan meakin, made in Japan. Cantik pulak bila digandingkan dgn teko polos warna kuning.
Set cawan plain tu adalah meakin dan sugar pot kecil comel tu Johnson Brothers.

MY VCR



Alhamdullillah..sedikit demi sedikit dapatlah kumpul VCR ni. Sekarang ni tgh tunggu teko dari Kucing..dari tokeh ayam penyet....tak sabarlah Kak Nur hehehe

SINGLE BIG ROSE




Orang lain semua dah ada single big rose ni, saya baru jer dapat. Sekarang ni tgh tunggu teko dari Hani..honey..oh honey..rasa nak turun gi Kl amik hehehe.



Sorry ler yg satu lagi blur pulak gambar tu..


MY SAKURA

Salam Semua




My first collection of Sakura. Ini utk perhatian shj dan bukan utk tindakan rakan-rakan hehehe.


Saya dapat ketiga2 jenis cawan sakura. Dan dgn bantuan Nannie, saya dapat beli teko aladin sakura ni .
TQ yer nannie.










Sunday, December 20, 2009

PARCEL..PARCEL ..PARCEL


Ni lah kerja masa cuti.. Kotak2 ni adalah utk shipment esok. Dlm tu ada sebelas kotak. Ada yg nak ke Kucing..Manjung..Johor..Tmn Tun...Bagan Datoh..Tg karang. Sabaq-sabaq no..Tapi yg kotak philip tu. tak gi mana-mana tang tu jugak dan berminggu-minggu..

CREAMER JUG MEAKIN BERBUNGA


N3 ini khas utk orang dari Klang..
Jgn silap yer..yg meakin hanya creamer jug tapi piring janda ngan 2 keping piring kuih tu bukan meakin. (dlm gambar hanya 1 sbb masa snap piring tu belum kering lepas direndam dlm clorox)

MY TWIN ROSES

Salam semua.



Hari nak N3 koleksi twin roses ku yg ciput ini. Tgh tunggu platter 14" dan cawannya. Punyalah susah nak dapatkan twin roses ini.

Nampaklah pulak camera woman kat belakang tu. Panjang sejaran twin rose ni kalau nak citer. Sbb ia dikumpul satu persatu dan pelbagai sumber dan pelbagai tempat serta perbagai harga dan ada yg barter.









<

Sugar bowl dan creamer tu adalah sama dgn yg Kak Hjh Ruziah punya. Masih dlm simpanan sehinggalah beliau kembali dari Mekah hari Jumaat yg lepas.(sebenarnya kena ganti baru utk Kak Gee sbb set yg lama tu dah pecah berderai, kuasa Tuhan dapat cari ganti 2 set sekali gus dan yg satu set dah masuk dlm lemari..)

Selamat kembali Kak Ruziah.

Friday, December 18, 2009

OC YELLOW MAPPLE


To let go. Mangkuk RM15, piring rm8. tak masuk pos.

MANGKUK TAMBAH BUNGA KANGKUNG


Mangkuk tambah bunga kangkung 9 inci. masih baru dlm keadaan baik.


SMS kalau nak.

PINGGAN KEKWA HITAM


Ada extra 4 pcs. sms kalau minat.

TEKO 5 ROSES

nak citer sikit pasal teko ini. Ada 2 biji teko. 1 teko memang cantik walaupun makchik tu dah pakai.

Tetapi yg satu lagi ada retak dibahagian mulut dan muncungnya. Sesuai utk hiasan saja.

Kalau minat calling-calling yer..








2 biji BOOKED. ALL GONE WITH THE WIND

MINI TEKO




Deretan mini teko..

Ada minat kar ??

OC BLUE FLOWERS




Kalau berminat call2 ler..

BULUH EMAS

Jgn silap ..bukan buluh emas yg kena banned tu. Tapi koleksi buluh emas ku.

N3 ni khas utk CMat Gebu. Che Mat sebelah kanan tu akak punya tau...




Set diatas ni utk makluman shj bukan utk tindakan. hehehe

Salam Maal Hijrah

Kepada rakan2 semua..salam maal hijrah semoga tahun ini kita semua akan lebih diberkati oleh Allah swt dan sentiasa diberi petunjuk olehnya. Amin.

Dah 2 hari ( 16 dan 17 december )saya tak online sbb terpaksa pergi ke outstation selama 2 hari . Malam kami menginap di Homestay Felda Sg Klah. Bestnya juga suasana kampung walaupun kita ni asalnya orang kampung. Tempat ni tak jauh dari Hot Spring Sg Klah.

Selama saya tak ada 2 hari ini banyak ler yang saya nak N3.

Gambar Homestay

Tuesday, December 15, 2009

TEKO KUNING

Teko kuning ni saya nak let go RM35 shj. Masih dlm keadaan baik tak sompek.

TEKO OH TEKO ..RARE SHAPE

Salam semua.

Jalan-jalan lepas ofis petang tadi, gi kedai nyonya terjumlah teko ni, pemegangnya cam shape tangkai kayu. Saya tak berhajat utk menyimpannya, kalau memeber2 nak call ler..

Kalau nak beli saya letak RM50 termasuk pos.




Bahagian depan teko







Bahagian belakang teko

Monday, December 14, 2009

JUMPA RAKAN MAYA




Salam semua.

Semalam hari Ahad 13 Disember 2009, saya menerima kunjungan dari rakan maya. Sapa lagi Nannie (smockingwith Nannie) bersama anak-anaknya dan Ezany. Nannie banyak memborong sbb sesudah subuh dia menunggu di pasar tu. Nannie singgah kerumah dgn buah tangannya. Comelnya nannie, lepas Nannie balik Fatehah terus masukkan potpuri dlm bakul tu.

Lepas Nannie balik, saya terima sms dari Kak Azah (nurazzah8) yg sedang dlm perjalanan ke kenduri kahwin di Rapat Setia. Saya teruslahlah ajak Kak Azah datang rumah utk amik barangnya mangkuk sakura yg saya barter dgn sebiji teko bunga padi.


Seronok betullah rasanya. Kepasa Nannie, Ezany dan Kak Azah serta keluarga, maaflahlah jika layanan tidak memuaskan, Maklumlah abang kita tak ada kat rumah, ada bowling tournament di Melaka. Kita pun dah gatal tangan lama tak main bowling..alamat spare pun tak boleh nak amik..

Gambar-gambar kunjungan rakan maya ni tidak dapat diuploadkan sebab junior camerawomen silap masa amik gambar, satu gambar tak ada dlm simpanan saya. Hehehe Kak Azah jgn marah yer saya amik gambar dari blog kak Azah.


Kepada rakan-rakan blogger yg lain, kalau datang ke Ipoh , singgah-singgah ler rumah kita yer..

Saturday, December 12, 2009

TEASET TURQUOISE DAHLIA


Salam semua


Teaset yg saya nak N3 hari adalah sebenarnya saya telah letak tak lama dulu. Cumanya hari gi merayau kat blog Kak Nur (Pondok Nursalam) alah tokey ayam penyet tu..ternampak set turquoise dahlia ni. Kat Kat Nur ada pinggan nasi tambah, bekas abu rokok dan piring. Hmm kat saya pulak ada 3 set cawan.
Kalau sesiap berminat bolehler barter dari saya kalau nak.
BARTER NGAN KAK NUR

Friday, December 11, 2009

MINI TEKO TWIN ROSES






BOOKED -

Selain dari twin roses ni saya ada nampak:
1) peonis mini teko
2) creamer dan sugat pot bunga gandum - kalau tak silap ler sbb tengok sekali imbas jer.

tapi gambar tak boleh amik..tokeh kedai tu kedekut.

Teaset Gambar Naga Putih




Yang ini tak ada teko.

Kalau minta cam biasalah.

Teko and Teaset gambar naga

Saya pertontonkan jer set ini disin, yg ini kawan punya harga tak tahu lagi. Teaset ada 6 pasang dan piring kuih tak ingat ler berapa, kalau berkenan kita boleh tolong tanyakan.


Teaset Meakin Hijau



Kalau berminat sms ler ..cam biasa..

Sugar Bowl Turqouise Floral

Kalau tak silap set cawan ni dulu ada barter dgn CA..hmm Ca tak minat ker.. ?

Creamer Jug Meakin Berbunga

Minggu ni saya hunting banyak dapat yg England..

RM60 termasuk pos.

Creamer Jug Sakura

Ini yang best sekali ni sbb susah nak jumpa.




Berminat SMS ler.


BOOKED

Creamer Jug Pink Meakin




Booked