Clik yer..iklan ni..

Tuesday, April 20, 2010

MY VACATION - SWISS GARDEN RESORT AND SPA DI DAMAI LAUT RESORT

Salam semua.

Sebelum bercerita tentang kisah percutian, Give Away saya masih berjalan. Kemungkinan ada tambahan hadiah lagi. Nak clearkan lebihan stock masa hunting dulu.

Click DISINI utk GIVEAWAY Saidah


Cuti panjang hujung minggu bersambung dgn cuti Birthday Sultan Perak, saya manafaatkan dgn percutian keluarga. Kami sekeluarga memang suka melancong. Tempatnya tak jauh, di Perak jugak. Tapi walaupun lahir diPerak dan tinggal di Perak hampir seumur hidup saya, saya sekeluarga tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat ini.

Lokasi percutian kami ialah di Swiss GArden REsort di Damai Laut . Tempatnya berhampiran dengan Pantai Remis dan tidak jauh dari Teluk Senangin.

Kalau yg tak tahu Pantai Remis tu dimana, kenalah ikut jalan nak ke Lumut dan akan nampak simpang menuju ke Pantai Remis. Masa dalam perjalan tu, saya taklah rasa apa..maklumlah jalan Ipoh ke Lumut tu memang dah biasa saya lalui. Pokok kelapa sawit adalah view yg biasa bagi saya.

Even selepas masuk simpang nak ke Swiss Garden Damai Laut REsort ia menunjukkan 7.2km dari jalan besar. Kawasan sekeliling ti masih lagi pokok kelapa sawit, pas tu jumpalah ladang pokok buah naga. Lepas ladang buah naga tu...mak oiii..saya kena lalu kawasan hutan paya bakau yg agak tebal. Saya pun beritahu kat suami, supaya seboleh2nya elakkan utk keluar malam maklumlah saya bawa Adam, dan Adam baru jer cecah 3.5 bulan. Jadi tak eloklah rasanya lalu-lalang masuk kaw hutan pada waktu malam. Seram juga saya.

Petang tu kami keluar makan, maklumlah belum lagi makan tengahari. Nak makan kat area Damai Laut Resort ni memanglah susah. Tak ada kedai makan yg boleh dipercayai kesedapannya. ADa kedai makan pun cam ala kadar jer. Jadi kami terpaksa keluar hingga ke Sri Manjung utk mencari makanan. Apa lagi makan dan siap tapaw sekali utk makan malam.

Tiba tang waktu malam nak tidor, saya plak tak boleh nak tido, seram mengenangkan kaw hutan yg kami lalui tadi. Adam pulak merengek semacam..lagi ler kecut perut. Nak dijadikan citer kami dapat apartment sebilik yg ada dua katil single. Husband pun cantumkan rapat supaya jadi satu katil besar. Saya punya penakut, rela tidor berhimpit-himpit sebab malam tak boleh tidor. Lagi pulak masa kami datang petang tu kaw apartment tu macam sunyi jer tak ramai orang datang, kereta pun tak ada. Block yg kami duduk tu macam tak ramai org yg menginap. Tambah seram lah saya. Actually tak ada aper..cuma perasaan saya jer agaknya. Saya rasa nak balik esok jer tak nak tidor semalam lagi.

Esoknya pepagi saya bangun, lega sikit bila tengok banyak kereta yg dipartking di car park dan sebelah apartment kami pun dah ada visitors. Bila siang bawak anak gi swimming pool barulah nampak orang ramai. Seronok pulak..sebab di Damai Laut Resort ni memang provacy tempatnya. Jauh dari hiruk pikuk kenderaan, memang sesuai utk orang berbulan madu. Saya pun rehat-serehatnya, maklumlah tak perlu pikir nak kemas rumah etc.

Selain dari Apartment, ada juga hotel dan Swiss Villa. Kami meround ke kaw hotel..hmm lagi ler cantik..insyaallh kami akan berkunjung lagi ke Swiss Garden ..yerlah nak manafaatkan keahlian Swiss Garden VAcation Club yg kami sertai. Kalau tak silap sayalah di Damai laut REsort ni ada Apartment..namanya Swiss Court Apartment, ada Villa iaitu Swiss Villa.
















Fatehah pulak asyik-asyik nak mandi kat swimming pool. Lepas mandi lapar ,,nasib baik ada dapur dan freezer. so bolehlah masak maggie goreng dan prepare sandwich telur dan tuna!!!

Sementelah saya dah ker Damai Laut, kami terus ke Teluk Senangin. kat sana saya tengok ramai yg berkhemah. Tempatnya cantik dan memang sesuai utk perkhemahan tetapi persekitaranya tidak dijaga. Sampah-sampah merata-rata. Mungkin disebabkan tempat ini tidak se popular Teluk Batik, sbb itu ia dijaga dgn sempurna.

Lepas tu saja kami jalan-jalan ke Segari ..bagi kaki-kaki pancing Segari adalah syurga mereka. Disebabkan kami bukan kaki pancing, kami gi jer ke Pusat Pembiakan Penyu (species tuntung kalau tak silap). Nak minta Fatehah jadi model, dia takut dgn penyu batu tu, jadi abahnya lah yg jadi model.

Sebelum sampai ke pusat pembiakan penyu tu kitaakan lalui Baitul Hilal..hmm aper tu yer Baitul Hilal..bukan--bukannya rumah anak yatim..tapi ia adalah tempat dimana orang2 yg berkenaan melihat anak bulan sebelum Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji.


Pada para pembaca yg nak berhoneymoon, atau nak merehat-rehatkan minda datang ler ke Damai Laut Resort ..tapi kalau dok kat apartment sparelah makanan sikit.

No comments:

Post a Comment