Clik yer..iklan ni..

Saturday, May 8, 2010

BIJI APRIKOT DAN KANSER : KASIH SAYANG SEORANG ANAK TERHADAP IBUNYA - TERHARUNYA SAYA..

Salam

Petang tadi sewaktu saya jalan-jalan kat UO Greentown Mall Ipoh, saya ada menerima panggilan telefon dari orang tak saya kenali. Bagi saya adalah biasa menerima panggilan dari orang yg tidak dikenali kerana mungkin ada orang nak bertanya pasal pinggan etc.

Tetapi pemanggil pd petang tadi adalah seorang wanita berbangsa China. Dalam hati saya ini mesti berkaitan dgn service TM, tapi rupanya sangkaan saya meleset. Si pemanggil terus bertanya samada saya ada menjual biji buah aprikot. Saya kata memang ada dan masih ada lagi stok yg tersimpan. Mungkin rezeki dialah tu. Melalui smsnya, si pemanggilnya memperkenalkan namanya,

Saya pun teruslah dgn kerja-kerja saya memilih baju utk FatehaH dan Adam tanpa check semula sms di hp saya. Bila saya check terdapat beberapa msg dari kawan baru saya ni. Menurutnya ibunya sedang tenat dan sedang bertarung dgn kanser. Saya pun berjanji utk menghantar biji buah tersebut sebaik saja saya tiba dirumah dan mengambil stok aprikot dan akan menghubunginya semula apabila saya sampai dikawasan perumahannya di Ipoh Jaya Timur.

Nak dijadikan citer, hp saya plak kena bar, lambat sikit bayar bil dah kena bar. Saya pun tercari2 lah pondok telefon, dgn izin Allah adalah pondok telefon dan alhamdulillah boleh plak buat call..selalunya mesti tak boleh ..

Selepas menunggu tak sampai 10 minit saya nampak seorang perempuan china dgn matanya yg merah bergenang air mata. Apabila saya bertanya umur ibunya, beliau tidak boleh menyebut umur ibunya kerana terlalu sebak ..mungkin beliau sebak kerana ibunya sedang tenat, kansernya telah merebak. Saya pun tenangkannya dan terus citer cara-cara cam mana nak consume biji aprikot tu..Tapi saya sendiri tidak dapat menahan airmata apabila melihat airmatanya terus berderai..Saya boleh lihat kasih saya seorang anak terhadap ibunya..biji buah aprikot itu adalah hadiah utk ibunya sempena Hari Ibu esok 9 May 2010.

To my new fren Sxxxxxx, even we are from different races and religion, I'll pray to God, may your mom will recover soon.

Saya akan buat N3 utk aprikot dan kebaikannya utk badan kita.

No comments:

Post a Comment