Clik yer..iklan ni..

Sunday, May 9, 2010

DIET AND KANSER

70 peratus sebab kanser membiak dalam tubuh kita adalah berpunca dari apa yang kita suapkan kedalam mulut kita.Diet yang salah akan mengujudkan satu batas dalam badan kita yang akan menjadi tempat membiaknya sel2 kulat.Apabila agen2 kanser ini bertindakbalas dengan badan sistem penampan badan tidak mampu untuk memusnahkanya lalu terjadilah kanser.Anda perlu membaca dari laman web ini untuk mengetahui apa yang perlu dielakkan dalam diet harian anda kerana semasa menjalani terapi b17 anda seharusnya mengelakkan dari mengambil makanan2 yang berunsur kulat untuk tidak memberi senjata tambahan kepada sel kanser. Adalah amat penting anda memahami apa yang perlu diambil kerana sahabat saya yang mengidap kanser tahap 4 doktornya mengatakan "anda bolih makan apa sahaja makanan yang anda suka".Mungkin doktor berkenaan berasa kasihan kepada sahabat saya ini yang sebelum ini telah diberikan "tarikh ajal" beliau selama 6 bulan,tetapi tarikh itu telah luput kerana dia masih bernafas hingga kini ( 3 tahun ).

Secara relatifnya diet pengidap kanser terbahagi kepada 4 kategori:

1.makanan yang memberi tenaga / atau tenaga tambahan kepada sel kanser atau mikrob yang membiak dalam badan anda.Antaranya gula proses,coklat,ais krim sebagainya.

2.makanan yang menyebabkan kanser,secara amnya ialah makanan segera seperti burger.

3.makanan yang menggangu terapi kanser anda dan menjadikan terapi anda tidak berguna.Antarnya ialah tembakau,caffene,alkohol dan klorin.

4.makanan yang menganggu sistem pertahanan badan anda dari melawan sel kanser. Antaranya ialah semua jenis daging yang dimasak berlebihan.Seperti yang diterangkan diatas daging yang dipanaskan secara maksima akan menyebabkan agen pencernaan semulajadi dalam daging akan mati dan sistem badan anda akan menghantar trypsin untuk mencerna daging,suatu arahan yang buruk.Trypsin bukan agen pencernaan.

5.makanan yang mengandungi zat yang membunuh sel kanser atau menghalang pembiakannya,seperti angur unggu,apel hijau,buah beri ( yang dimakan dengan bijinya sekali)jus nenas,sayur brokoli,bayam dan kebanyakkan jenis ulam.

Perhatikan betul2,hanya ambil makanan yang membantu membunuh dan menghalang pembiakan sel kanser.Sayur2an dan ulaman seboleh bolehnya elakkan dari memanaskannya secara berlebihan kerana ini akan menyebabkan enzimnya terurai.Umpamanya sayur brokoli adalah digalakkan untuk memakannya dalam keadaan mentah.

Artikel ini adalah berkaitan dengan terapi B17 dan diet yang dicadangkan adalah berkisar dengan terapi B17.Adakalanya anda perlu melihat jenis terapi yang anda sedang lakukan.Dalam ertikata lain sebagai contoh,mengikut terapi b17 atau jika anda tidak mengidap kanser,buah anggur unggu adalah agen pembasmi kanser yang baik,tetapi ia akan menjadi sebaliknya iaitu membantu sel kanser membiak jika diambil dengan terapi atau perubatan yang lain.Seolah olah ubat yang anda ambil membunuh enzim pembasmi kanser dalam anggur dan menukarkannya kepada makanan untuk sel kanser.

Buah buahan yang anda makan sebaik baiknya dimakan dalam bentuk yang asli tanpa dijuskan lebih2 lagi pengisar moden sekarang menapis hampas buah buahan yang mempunyai agen pembasmi kanser yang tinggi terutamanya bijinya.Adakalanya kita menambah gula dan perasa tiruan yang sememangnya buruk untuk kesihatan.Ingat,anda perlu berpuasa dari tabiat makanan kebiasaan anda semasa menjalani terapi b17. Adakalanya pesakit kanser yang teruk tidak berupaya untuk makan makanan yang tidak bermasak kerana sistem penghadaman yang lemah.Makanan yang dimasak adalah lebih mudah dihadamkan.

Elakkan meminum air yang mempunyai klorin atau minuman yang diproses dengan menggunakan air yang mengandungi klorin.Sesetengah air mineral yang dijual dipasaran tidak melebelkan yang ia tidak mempunyai klorin,oleh itu baca lebel untuk kepastian.Atau anda bolih dapatkan dari saya dimana ianya telah disahkan 100 peratus tidak mempunyai klorin dan didihkan untuk membasmi bakteria.Klorin memusnahkan apa yang dipanggil "phytonutrients" dan nutrin nutrin lain dan seterusnya memusnahkan makanan yang anda makan semasa ianya diproses.Kerosakan pada makanan yang anda ambil adalah kekal dan zat2 tidak dapat diselamatkan.Umpama anda membakar kertas ia akan bertukar menjadi karbon dan tidak mungkin diproses untuk menjadi kertas semula.

Ambil sayur sayuran yang dikenalpasti sebagai anti kanser seperti brokoli,bayam,bawang,kobis,semua jenis ulam berdaun hijau,kacan peas hijau segar,timun dan sayuran kekacang.Dari kesemua sayuran ulaman berdaun hijau adalah yang terbaik.Pastikan anda kerap memakannya.Elakkan mengambil produk soya seperti kicap,sos tiram,air soya,tauhu terutamanya yang dicampur dengan bahan2 anti pereputan dan gula.Jangan ambil sebarang makanan yang dibuat dengan menggunakan serbuk penaik atau yeast.Ia amat buruk untuk pengidap kanser.Semua jenis daging adalah dikategorikan sebagai pemangkin kepada pembiakkan kanser.Ikan masin,jeruk dan makanan segera dalam tin seperti sardin akan memburukkan lagi keadaan kanser anda.Jika anda ingin minum susu,dapatkan susu kambing segar yang bolih didapati dipasaran.

Tahan diri anda dari mengambil semua jenis produk tenusu.Semua jenis gula2 yang diproses adalah tidak baik bukan sahaja kepada orang sihat bahkan pengidap knser akan mengalami mimpi buruk jika mengambil gula2.Satu sebab yang nyata ialah gula adalah makanan utama kulat dan sel kanser.Ia mendorong vitamin c dan oksigen ke sel kanser anda dan ini menyebabkan sel kanser menjadi kuat.Ingat' anda berada dalam satiuasi peperangan dengan kanser oleh itu jangan berikan kelebihan kepada mereka dengan memberi zat2 penting kepada musuh anda.Madu adalah juga gula kerana ia mengandungi 38 % fruktos dan 31 % glukos dan ini disukai oleh sel kanser namun berita baiknya ia juga kaya dengan penolik antioksidan yang baik untuk melawan sel kanser.Namun ia boleh diambil dalam sukatan yang minima





Masaalah paling besar dengan daging yang yang dimasak sepenuhnya ia adalah ia kaya dengan protin dan tidak mempunyai enzim kecuali ia mentah dan belum dimasak.Ia juga lebih berasid.Kandungan tinggi protin haiwan memerlukan enzim 'trypsin' untuk mencernakannya.Masaalahnya ialah badan kita hanya mengeluarkan enzim 'trypsin' dalam kadar tertentu.Dalam ertikata lain lebih banyak daging yang kita makan lebih banyak yang tidak dicernakan kerana badan tidak berupaya untuk menggeluarkan enzim 'trypsin' tambahan untuk menampung keperluan untuk mencernakan daging yang berlebihan.Jika kesemua enzim 'trypsin' digunakan untuk mencernakan daging yang kita makan,maka hanya tinggal sedikit atau tiada langsung baki untuk memusnahkankan lapisan protin sel kanser.Dan ini akan menyebabkan sel kanser membiak dan membahagi kerana sel darah putih tidak berupaya untuk memusnahkannya.Kita telah memusnahkan enzim semulajadi daging dengan memasaknya.
enzim trypsin

Kini kita faham bagaimana pengambilan daging bermasak yang berlebihan adalah punca serangan kanser.Secara saintifik sel badan kita akan mati setiap waktu dan digantikan dengan sel2 baru untuk memungkinkan penerusan dalam kehidupan.Kebiasaannya sel kanser yang mati akan keluar daribadan melalui sistem perkumuhan.Yang menjadi masaalah sel2 mati yang tidak keluar dari badan dan ia tetap tinggal dalam badan dan jika tidak dihapuskan akan menyebabkan ia membelah dan menjadi entiti asing yang tidak diiktiraf olih otak sebagai sebahagian dari komuniti yang sihat.Apabila ini terjadi otak akan mengerahkan "trypsin" untuk memusnahkan jaluran protin yang melindungi sel kanser ini sebelum sel darah putih dapat memusnahkannya.Yang menjadi masaalah sekarang terlmpau banyak daging yang kita makan akan menyebabkan "trypsin" begitu sibuk untuk memusnahkan protin daging dan terlepas pandang kepada sel2 kanser yang sedang giat memelah dan membahagi.Daging sebenarnya bukanlah penyebab kanser jika ia diambil secara yang minima terutamanya daging yang dimasak sepenuhnya.

Perlu diingat enzin 'trypsin' dan 'chymotrypsin' adalah enzim permusnah protin, bukannya enzim pencernaan.Mereka telah dimanupulasikan untuk melakukan kerja kerja pencernaan yang spatutnya dibiarkan untuk melaksanakan kerja kerja menghapuskan lapisan protin sel kanser.

Terdapat juga sumber makanan lain mengandungi bahan kimia yang bolih menolong memusnahkan sel kanser.Ia adalah ibarat pertahanan kedua.Ia dikenali dengan 'nitrilosides'.Sebagai cuntoh 'amygdalin' adalah 'nitriloside' yang terdapat dalam isirung kacang aprikot.biji apel,biji anggur ulaman dan seumpamanya.Untuk kita yang tinggal di Malaysia ulam-ulaman adalah kaya dengan "nitrilosides" yang mesti diambil sebagai enzim sokongan untuk menghapuskan sel2 kanser.

Nitrilosides bekerja begini.Sel kanser mengandungi enzim yang dipanggil 'beta-glucose yang berfungsi menukarkan 'nitrilosides' kepada dua bahagian molikul glukosa iaitu satu molikul yang dinamakan 'benzaldehyde' yang amat beracun kepada sel kanser,dan satu lagi ialah 'hidrogen cyanide' yang juga beracun kepada sel kanser.Sel badan yang normal mengandungi enzim 'rhodance'yang akan menukarkan 'nitrilosides' kepada makanan.Hanya sel kanser mengandungi 'beta-glucosides'.Olih itu hanya sel kanser bolih menukarkan 'nitrilosides' kepada 'benzaldehyde' dan 'hydrogen cyanide' dan proses ini membunuh sel kanser dalam keadaan sel biasa yang subur.Ini adalah tindakkan yang memang disasarkan.Dan ia tidak memudaratkan sel lain yang normal.Ia umpama kita memberi racun tikus yang amat digemari olih tikus,apabila ia makan racun itu akan bertindakbalas dalam badannya dan seterusnya membunuh tikus tersebut.

Sejak beratus tahun manusia telah mengambil bijiran yang kaya dengan 'nitrilosides'untuk memproses makanan yang mengandungi kurang 'nitrilosides'seperti ragi untuk membuat roti,kek dan donut.Kita mengambil terlalu banyak sumber protin haiwan berbanding bijiran dan hanya sedikit sayuran dan ini adalah salah satu gejala yang menyebabkan bertambahnya pesakit pesakit kanser di merata dunia.Perangkaan menunjukkan 3 dari setiap 10 orang didunia adalah pengidap kanser.

Mengubati kanser adalah satu langkah terbelakang yang rata ratanya tidak disukai kerana badan kita terpaksa didera dengan racun racun yang asing buat badan.Contohnya 'kimoterapi' yang diumpamakan meminum racun yang juga akan memudaratkan sel sel yang normal dan tubuh terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.Walaupun ia berkesan untuk membunuh sel kanser tetapi tiada jaminan yang pasti, kesemua sel kanser itu termusnah.Harus diingat sel kanser mampu beredar dari satu lokasi ke satu lokasi tubuh kita melalui saluran darah dan ia akan terus membiak ditempat baru.Kita kerap mendengar pesakit pesakit kanser puyudara hanya dapat bertahan beberapa tahun selepas menjalani rawatan kimoterapi.Pakar pakar perubatan sependapat cara mencegah kanser yang paling berkesan adalah mengawal permakanan kita selain aktiviti aktiviti riadah dan mengamalkan cara hidup sihat.
Adalah penting untuk diketahui 'nitrilosides' mesti dibekalkan kepada sel untuk melengkapkannya dalam kerja kerja membinasakan sel kanser.Zat 'Zinc' adalah perlu untuk metabolisma 'nitrilosides' untuk memusnahkan sel kanser.Kanser tidak bolih disembuhkan tanpa kehadiran zat zat 'manganese','selenium','magnesium', 'calcium' dan zat zat yang lain.

Enzim dan vitamin C,A,E dan B ( termasuk B17 ) adalah juga komponen yang amat penting.Ia adalah sumber yang sangat penting dalam penyembuhan penyakit kanser.Dan cara terbaik untuk mendapatkannya ialah dari sumber sumber makanan yang tidak bermasak.Jika anda mempunyai kanser pastikan anda makan dengan banyak makanan makanan ini setiap hari

No comments:

Post a Comment