Clik yer..iklan ni..

Thursday, May 6, 2010

MY TRIP TO SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

Salam

Dalam diam tak diam, dah hampir 2 minggu saya tak berblog..hmm cepatnya masa berlalu. Sibuk bukan aper nak menyiapkan kerja yg pending sebelum bertolak ke Sabah pada 30 april bersama dgn rombongan TIARANITA (Persatuan Kakitangan Wanita dan Isteri Anggota TM) Perak (lebih kurang gitulah maksudnya). Pas tu lepas balik dari Sabah pd 3 May yg lepas saya terus demam 4 hari..

Ikutilah catatan perjalanan saya ke Sabah.

Hari Pertama (30 May 2010)

Excited nak gi Sabah, saya ngan Fatehah antara orang yg terawal berkumpul di TM Tasek
Biasalah kalau nak gi ontime organiser terpaksa mark-up time. Saya plak tak boleh bila orang kata jam sekian-sekian berkumpul kat sekian-sekian tempat..saya akan ada pd waktunya kecualilah ada emergency.

Jam 12 mlm, 30 May kami bertolak dgn bas ke LCCT. Dlm perjalanan malam tu hari hujan. Kecut jugak perut saya sbb saya tak suka berjalan malam2 ni. Tapi tawakkal jerlah. Tgh sedap tido2 ayam..ada akak kat belakang tu merungut bas bocor..seat kat belakang dah kena hujan. Tak tahu ler sebanyak mana terehnya. Sampai kat TApah saya rasa bas tu macam mengelewor (cam gerak ke kiri ke kanan tu) isk..biar betui drebar ni.

Lebih kurang jam 3.45pg, bas pun selamat sampai kat LCCT. Kami naik AIR ASIA jer..Lepas solat subuh sempat jugalklah menjamu selera kat restoran..makan chicken porridge hmm RM9.90 semangkuk..standardlah harga makan kat Airport.

Dah lama tak naik kape trobang(kpl terbang) rasa takut pun ada. Last naik kape trobang masa gi Bali tu pun tahun 1998. Mak oii dekat 12 tahun..

Oleh kerana dah agak lewat, kami pun berkejor-kejorler nak naik kape trobang, saya pun ikut jer akak yg biasa gi Sabah tu, tak bertanya2 kat petugas-petugas yg ada. Sampe kat pintu yg last point checking boarding pass, tetiba deme kata kape tu nak gi Sibu..pulak..hish..nilah akibatnya menonong jer orang kata.

Jam 9.20 pagi, kami selamat landing di KK. Tu pun dah banyak kali selawat..macam-macam ayat yg saya baca. Sampai di KK kami disambut mesra dgn orang-orang Sabah yg mesra-mesra gitu bah..

Masa nak naik bas nak berangkat ke Marina Court, adalah akak sorang ( Kak R)ni hilang bag. Dia ni pulak yakin ada orang yg akan amik begnya, so dia pun gi lah ke ladies dulu sebelum amik bag. Tetiba bag tak ada..haruler kejap dibuatnya. Dah dekat 30 min cari beg tak jumpa so kami bertolak ler ke Marina court tanpa beg akak tu. Nasiblah sapa yg amik beg dia tu sempat juga kami mengusik akak tu..nasib baik ler dia sporting. Kalau saya gelabah gak kalau hilang bag..bukan aper..susah nak cari saiz baju etc.

Dalam masa perjalanan, tak sampai 10 mins, orang airport call, beg dah dijumpai..memang sah ler ada orang silap amik sbb deme letak bag tu kat luar airport jer. Alhamdulillah selesai ler satu masalah.

Lepas check in, kami terus bertolak ke Kundasang melalui Pekan Nabalu. Punyalah lapor orang Perak kata. Nasib baik pg tadi ada isi dgn kanji kat airport pas tu adalah bekalan roti dan buah dari organiser dan makan bun yg disponsor oleh Kak
Ani (Fatehah Cake House di Pinji Mewah). Kami semua bersolat kat Pekan Nabalu, pekan kecil ala-ala highest point kat Est west highway nak gi ke Grik tu.



Tengok muka Fatehah boring jer ..maklum selalu tu makan ada berkuah..hari kuah langsung tak ada. Sebelah tu Kak Kiah..lapo yer..

dlm bas sebelum bertolak ke Kundasang


Di Pekan Nabalu..Kak Zurina dan Kak Noraziah. Yg dua orang tu teman tak perasan plak.

Pemandangan yg cantik.


Sempat gak beli kepak ayam kat Kundasang, sedap jugak. Orang sana panggil sayap ayam..apa-apa pun rasanya sedap macam rasa ayam percik masa bulan puasa.

Malam tu tiba kat KK, ada lagi kaki-kaki shopping yg nak gi shopping, saya ikut jer singgah, deme bawak kat Kedai Jamilah...hmm harga kristal dan harga Pearl pun boleh tahan gak. Saya tak larat lagi dah nak gi shipping, balik jalan kaki kat marina court. Sampai kat hotel order Mc donald. Pas tu apa lagi hanyutlah saya dua beranak ngan Fatehah dibuai mimpi seawal jam 9.00mlm

HARI KEDUA

Pepagi lagi dah kena bangun, kena berkumpul kat tempat menunggu bas jam jam 5.50 pagi, Dlm hati mak oii deme ni bior betui, awal tu. rupanya bila turun kat bawah, dah terang-benderang mcam jam 7.00 pg. Terlupalah pulak kita ada perberzaan masa.
Cari-cari no tipon Kak Azah Sabah, tak ada plak dlm simpanan saya, ingatkan boleh ler call Kak Azah.

Pagi tu macam-macam acara ada, senamrobik, sukaneka etc. Saya tak masuk sukaneka sbb awai lagi kaki dan enjured punyak syok bergoyang masaa senamrobik. Jadi masa depa gi bersukaneka kita gi shopping ikan masin kat Stadium Likas. Ada member kata udang kat situ murah rm25 sekilo, kalau kat pasar malm rm30. Saya borong ikan masin, ikan biling udang kat RM160. mak oii..macam kat Ipoh tak dak benda2 tu.

Hmm tengoklah gambar2 kami semasa kat Stadium Likas.









Sampai kat marina Court jam 2 ptg, pas tu jam 3.00 ptg nak kana ada kat 1Borneo utk rehearsal tarian hehehehe..jgn tokojut..den masuk tarian..lagu Daddy Daddy Cool. Penyertaan oleh kami ni bukan berujuan utk memang saja utk memeriahkan suasana. Maklumlah rata-rata dancer dari Perak semuanya dah 50 tahun keatas pas tu badan sorang-sorangnya hantap termasuklah saya. Yg paling muda saya ngan sidah (CS) tu pun hantap gak. Nak buat cam mana dancer2 yg biasa tu tak gi pulak kali ni, kalau tak kami pun tak rasa hehehehe.

Mlm Dinner tu, Stacy diundang sebagai penyanyi jemputan. Dari awal lagi Fatehah dah excited bila diberi tahu penyayi undangan adalah Stacy. Apa lagi, dia ajak saya duduk kat pentas mengadap si Stacy. Sememangnya Stacy hebat sebagai penyayi. Lepas jer stacy nyanyi, saya ngan Fatehah ikut bontot Stacy sampai masuk satu bilik tu, apa lagi saya pun pangggil Stacy..Stacy..Stacy..anak akak ni nak bergambar ngan Stacy!!. Hmm dgn senang hati Stacy ambil gambar ngan Fatehah. hehehe rezeki Fatehah ler.

Persembahan tu kami dapat sagu hati. tapi kami dapat pujian dari DAtin sbb group kami sporting hehehhe. Pas tu enjoy gak buat persembahan sbb yg kat pentas bawah pun turut menyanyi lagu Daddy Daddy cool.













HARI KETIGA --TO BE CONTINUED - sabo yer hehehhe

3 comments:

  1. salam saidah..laa awat tak cakap hangpa mai sini..sekolah akak tu mcm berjiran jer dgn stadium Likas tu...kalau laung2, seru2 nama akak pun dah boleh dengar..tak dak rezeki nak jumpa

    ReplyDelete
  2. salam akak...

    g trip ke sabah mesti seronok kan?

    ReplyDelete
  3. kak azah..aha tu ler..dari awal dah teringat dah nak check no akak kat tepon..tapi saat2 hari tengok tak ada plak no..lain kali ler kak..ni dah tahu cara nak sabah..next time gi lah sendiri hehehe

    ReplyDelete