Clik yer..iklan ni..

Saturday, June 19, 2010

Kisah pasal bos..

Salam

Dah agak lama tak online, dan dah agak lama tak pergi menghunting, semuanya kerana kesibukan kerja. Tugas-tugas dipejabat semakin demanding, target semakin tinggi. Apa pun terpaksa diharungi juga demi mencari rezeki yg halal.

Hari ini saya nak bercerita tentang bos...ialah bos tempat kita kerja. Tapi saya tak nak cerita tentang bos saya..sebab bos saya sekarang ni tak ada apa yg istimewa utk dibincangkan atau diceritakan.

Dulu tahun 1991, masa saya mula masuk kerja, ada seorang bos tu yg memang saya tak boleh lupakan sehingga sekarang. Apa??? saya bercinta dgn bos tu??/ hish bukanlah...saya tak boleh lupa bos tu dulu sebab walaupun jawatannya tinggi, dan saya masa tu masih kerani cabuk, tetapi dia ingat nama saya dan sering tegur saya dulu kalau berjumpa dimana-manapun.

Kita dulu kalau tengok bos kalau boleh lari nak lari ler, tapi bos ni namanya Abdul Halim Abdul Razak, membuat saya rasa saya tak takut dengannya, saya selesa bila bersembang dgnnya dan dia tak sombong. Macam nilah bos yg saya rasa semua orang suka.
Bukan besikap favouritism macam setengah2 orang tu..adalah pulak staf bertaraf ikan emas dan ikan kaloi..(ikan kaloi ni kalau dlm cerita bawang putih dan bawang merah ..tunggu nak kena goreng jer..,)




2 comments:

  1. salam ksaidah..
    cakap pasal bos"ikan kaloi" ni yang buat saya sedih ni..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. salam norlina..tulah ada ikan kaloi..ada ikan emas..

    ReplyDelete