Clik yer..iklan ni..

Friday, July 2, 2010

2 TABIAH WANITA YG MEMBAWA KE NERAKA

Untuk dikongsi bersama.

Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
>
>Assalamu'alaikum wr wb ..
>
>Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
>suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk
>bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan
>khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka
>berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi
>memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:
>
>"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
>Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
>
>Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
>demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
>Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
>menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
>
>1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
>2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
>
>Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
>1. Banyak beristighfar
>2. Banyak bersedekah.
>
>Keterangan:
>Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpahialah seperti contoh di bawah:
>
>Contoh 1
>Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
>akibat geram dan marah kita mungkin berkata,"Driver bas ni dah mampus agaknya."
>Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
>memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
>hatta suami pun kena sumpah.
>
>Contoh 2
>Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata"Celaka punya gas. Masa
>ni jugak nak
habis."
>Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
>mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
>ditunaikan oleh suami.
>
>Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
>yang kurang faham suami'.Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau
>jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik
>kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat
>sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak
>nampak satu pun kebaikan awak"
>(Terjemahan langsung dari Arab).
>
>[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
>perkataan seperti berikut:
>"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
>
>Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
>saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala
>amalannya.'Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum
>wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
>menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke
>dalam api neraka
seperti yang disebutkan tadi.
>
>Fadhilat beristighfar:
>
>a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
>sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
>Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
>SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
>sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
>mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
>amalan-amalan harian kita.
>
>b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
>dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
>yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
>berdukacita"
>
>c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
>dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
>kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
>dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
>
>1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
>keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
>bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah
>ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
>Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
>dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
>Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
>Diriwayatkan juga,
>Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
>meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
>Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah
>satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
>
>2. Memberi salam.
>
>3. Memaniskan wajah.
>
>Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
>"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu
>syair
>
>Arab yang berbunyi :
>"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka
>setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur
>dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk
>yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah
>kita mengubah sikap kita dari sekarang.
>
>"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"





>

1 comment:

  1. Salam!! Terima kasih maklumatnya.. memberi ingatan kembali kepada yang menjurus kepada kebaikkan.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete