Clik yer..iklan ni..

Monday, October 18, 2010

DAGING MASAK MERAH OHHH DAGING MASAK MERAH

Anak dara ku Nur Fatehah sejak dua menjak suka sangat makan Nasi Putih Daging Merah..nak masak tak pandai..tak khatam lagi bab-bab masakan ala Thai..

Cari punya cari kat mesra.net..dah lain-lain blog ada juga..tapi ada banyak versi..nantilah akan ku lawata blog2 masakan yg popular termasuklah blog CMG kita..hehehhe

Mat..akak cari daging masak merah..dlm blog mat tak adalah....

CAri punya cari dapatlah resepi dari tukang masak handal kita..Kak Hanie Liza. Rasa macam sedap..pas ni sure cuba resepi ni.... TQ Kak Liza


Daging Masak Merah

Bahan
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment