Clik yer..iklan ni..

Monday, November 1, 2010

myMetro | Kesan awal barah payudara

myMetro | Kesan awal barah payudara

KEBANYAKAN kita pernah mendengar atau mengetahui seseorang yang menghidap barah. Sama ada keluarga, rakan aau rakan kepada rakan, barah adalah penyakit yang tidak mengenal mangsa. Sesiapa saja berisiko menghidapinya, tanpa mengira latar belakang jantina, bangsa mahupun pekerjaan.

Pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa, begitu juga dengan barah payudara - barah paling biasa dihidapi wanita di kebanyakan negara di dunia.
Softlan turut mengakui penyakit barah payudara sebagai risiko kesihatan utama untuk wanita di negara ini. Pengesanan awal sememangnya penting untuk mengurangkan kematian akibat barah ini.

Justeru, kempen amal barah payudara Softlan diadakan dengan hasil sumbangan daripada kempen terbabit diperuntukkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Barah Kebangsaan (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Barah Payudara (BCWA) untuk menyokong usaha melakukan pemeriksaan awal barah payudara.



Tahun lalu, kempen terbabit mengumpul sejumlah RM76,366. Atas kemurahan hati pengguna, jumlah terbabit melebihi sasaran awal.



Pada Mac tahun ini, sumbangan itu diberikan kepada Makna, NCSM dan BCWA apabila sumbangan terbabit digunakan untuk menyokong usaha ke arah kesedaran terhadap pengesanan awal barah payudara.

Mulai 1 November, sebanyak 10 sen daripada penjualan setiap botol Softlan berserta reben merah jambu akan didermakan kepada pertubuhan berkenaan.

Softlan berharap mampu mengulangi kejayaan tahun lalu dengan jumlah sumbangan sebanyak RM70,000. Justeru, ia mengalu-alukan penggunanya untuk membantu menentang barah payudara menerusi pembelian mudah botol Softlan berkenaan.

Untuk lebih mendalami penyakit ini, orang ramai diundang ke pasar raya Giant, Kota Damansara mulai 29 Oktober hingga 5 November ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barah payudara.

Siri pendidikan, tayangan video dan aktiviti interaktif disediakan untuk pengunjung manakala Makna menyediakan kaunselor untuk memberi nasihat mengenai pengesanan awal barah payudara



No comments:

Post a Comment