Clik yer..iklan ni..

Tuesday, June 29, 2010

Bila dah tak ada mood..

Salam semua.

Rasanya dah agak lama tak update blog ni, kata setengah2 bloggers naik bersawang dah. Tetiba jer dah tak ada mood nak update blog ini. Tapi cam mana pun ia mesti diteruskan..Ha..lagi satu nak inform semua pemenang GA harap bersabar yer..hadiah dah packing halfway..insyaallh saya akan cuba poskan yer..Maaf berbanyak kalau lambat.

Pada Eija..sabor dik yer..akak lambat hantar hadiah EG tu..

Saturday, June 19, 2010

Kisah pasal bos..

Salam

Dah agak lama tak online, dan dah agak lama tak pergi menghunting, semuanya kerana kesibukan kerja. Tugas-tugas dipejabat semakin demanding, target semakin tinggi. Apa pun terpaksa diharungi juga demi mencari rezeki yg halal.

Hari ini saya nak bercerita tentang bos...ialah bos tempat kita kerja. Tapi saya tak nak cerita tentang bos saya..sebab bos saya sekarang ni tak ada apa yg istimewa utk dibincangkan atau diceritakan.

Dulu tahun 1991, masa saya mula masuk kerja, ada seorang bos tu yg memang saya tak boleh lupakan sehingga sekarang. Apa??? saya bercinta dgn bos tu??/ hish bukanlah...saya tak boleh lupa bos tu dulu sebab walaupun jawatannya tinggi, dan saya masa tu masih kerani cabuk, tetapi dia ingat nama saya dan sering tegur saya dulu kalau berjumpa dimana-manapun.

Kita dulu kalau tengok bos kalau boleh lari nak lari ler, tapi bos ni namanya Abdul Halim Abdul Razak, membuat saya rasa saya tak takut dengannya, saya selesa bila bersembang dgnnya dan dia tak sombong. Macam nilah bos yg saya rasa semua orang suka.
Bukan besikap favouritism macam setengah2 orang tu..adalah pulak staf bertaraf ikan emas dan ikan kaloi..(ikan kaloi ni kalau dlm cerita bawang putih dan bawang merah ..tunggu nak kena goreng jer..,)




Tuesday, June 8, 2010

SELUAR JEANS LELAKI UTK DIJUAL..

Jeans ni original jeans (kata nak pelekat tulah), quality export quality, baru tip top. Kalau nak tahu brand sms jer,

Saiz yg ada size 30/34/36/38/40 . lain-lain saiz kena check stok dulu.

Harga RM35, pos rm5.( silap letak rege plak)






Friday, June 4, 2010

KEPUTUSAN GIVEAWAY SAIDAH

ADA BARANG BARU DAH N3 DIONLINE SHOP SAYA.

Salam

Sebelum saya umumkan keputusan GA, saja nak citer, hari dapat call dari seorang kawan di Sabah nak order 2kg buah aprikot, Tapi malangnya saya dah kehabisan stok, yg ada hanya 400gm jer. Katanya abangnya sakit ..saya dpt agak apakah penyakitnya. Kepada adik Hilina di Sabah, akak doakan semoga abang adik akan cepat sembuh. Insyaalh bakinya akan akak hantar bila ada stok sspt yg akak janjikan.





OK berbalik kepada GA.



Yg kat atas adalah list jejak yg ditingalkan utk menyertai my GA. Saya tak larat nak tulis semula, saya print jer pas tu saya potong-potong seperti gambar dibawah. Mula-mula saya nak gulung-gulung, tapi nak jimat masa punya pasal saya tak jadi gulung.



Cabutannyya dijalankan oleh FAtehah, saya suruh dia pejam mata pas tu tarik satu.

KEPUTUSAN SPT BERIKUT:
















Hadiah misteri utk referer terbanyak dimenangi oleh Zai Kulim. T/kasih Zai sebab banyak promote kat member-member ni.

Kepada pemenang-pemenang diucapkan tahniah. Email kat saya alamat dan nyatakan pemenang hadiah ke berapa. Email address ialah saidah_s@streamyx.com. Hadiah akan dihantar bermula dari minggu depan hingga akhir bulan JUn.

Wednesday, June 2, 2010

REnungan

Salam.

Salah seorang ustaz kegemaran saya ialah Ustaz Zahazan. Saja nak share apa yg disampiakna oleh ust Zahazan.

Nabi saw telah bertemu dgn Harithah r.a lalu bertanya kpdnya : bagaimanakah kabarmu hari ini ? Jawapannya : Saya menghadapi pagi ini ini dnegan keimanan yg sebenarnya kpd Allah ! Nabi lantas bertanya lagi : Setiap ucapan itu memiliki hakikatnya , maka apakah hakikat keimananmu ? Japannya : diriku menjauhi dunia, lantas saya menjadikan siang hariku dgn puasa, malamku didisi dgn tahajjud, dan seolah2 saya melihat jelas akan arasy Allah,dan seolah2 saya meilhat para penghuni syurga sedang menziarahi antara satu dgn yg lain, manakala ahli2 neraka sedang menjerit2 menerima hukuman dlm neraka.Mendengar itu Nabi saw bersabda : Kamu benar ! maka tetapkanlah keimananmu, hamba yg diterangi hatinya dgn Nur daripadaNya. ( Rwyt al-Bazzar dari hadis Anas dan al-Tabarani )

Subhanallah..kecil nya diri ini rasanya.

Tuesday, June 1, 2010

GIVEAWAY SAIDAH & FACEBOOK

Salam semua.

Hari ini 1 Jun, tamatlah tempoh giveaway saya. Alhamdulillah ia telah menarik penyertaan seramai 138 rakan-rakan dan ramai yg seronoknya saya dapat kumpulkan ramai rakan-rakan. Orang kata rapatkan silatulratim tu Allah suka, bukanlah saja-saja nak wajibkan orang jadi follower utk join giveaway. Insyallah saya akan umumkan keputusannya pada minggu ini juga. Tapi tungguler lepas saya balik outstaion dari Sitiawan yer..



Satu lagi pada rakan-rakan yg ada akaun FACEBOOK jgn lupa add saya yer, sbb kadang-kadang tu saya tak perasan sbb nama kat Facebook tu lain.
LUPA LAK..ADD SAYA..SAIDAH SAMADI