Clik yer..iklan ni..

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT HARI KEBANGSAAN DAN HADIAH GA

Salam


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Semoga Malaysia akan terus aman . amin...


Alhamdulillah akhirnya saya telah selamat mengeposkan 6 lagi hadiah GA pada hari Isnin 30 hb yg lepas..fuuhhhh..ringan sikit rasa bahu, tinggal lagi batu-batu kecil yg ku pikul sebabnya masih ada 3 hadiah GA yg dapat ku poskan.

Hadiah2 GA yg masih belum diposkan spt berikut:

1) Ibudamia blogspot - sorry sebab masa nak pos tu saya tak salin alamat penuh. DAh sampai pejabat pos tengok alamat tak lengkap.
2) hepicookmum - sbabnya tak jumpa kotak yg sesuai..
3) Shidah ipoh..hehehhe nanti akak gi raya rumah Shidah ler akak bawak sekali, insyaallh.
4) Zai Kulim - sebagai referer terbanyak - tak dapat kotak yg sesuai. jgn marah yer Zai..bukan lambat sikit hantar..lambat banyak ni..






Yg lain-lain semua dah selamat hantar.
Hish..serik plak nak buat GA ni tetambah yg melibatkan banyak hadiah...

Saturday, August 28, 2010

PUASA HARI YG KE 18 - kalau tak silap

Salam


Dah lama sungguh tak buat sebarang N3 kat blog ini. Kalau rumah ler, bersawang jadinya.

Cuti panjang sempena Nuzul Quran dan 31 Ogos, saya ambil kesempatan utk packing semua hadiah-hadiah GA yg masih belum dihantar. Rasa macam ada batu besar di bahu ini, tak terpikul rasanya bila janji masih belum ditunaikan.

Adam pulak sekarang ni susah nak ditinggalkan, asyik memerap jer, sampai masak utk juadah berbuka pun tak sempat. Memberli jerlah kat Pasar Ramadan. Balik kerja jer Adam akan melekat ngan saya sampailah husband balik dari kerja. Kadang-kala tu nak sambut kakak turun dari taxi yg membawanya balik dari sekolah pun tak boleh tinggal.

Malam pulak, sibuk tengok homework kakak, sambil main game kat facebook (hobi baru hehehehe). Tak dapat nak bayangkan macam mana orang yg ada ramai anak boleh kendalikan masa mereka.

Anyway bagi rakan2 pemenang my GA, sabar yer..tak lama dari sampai ler hehehe

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA DAN PERHATIAN UTK RAKAN-RAKAN PEMENANG GA

Salam

Kepada rakan-rakan bloggers, selamat menjalani ibadah berpuasa, mohon kemaafan jika ada sebarang kesilapan.

Kepada rakan-rakan pemenag GA - harap dapat sms no telefon anda semua utk mengelakkan sebarang kesulitan dalam penghantaran hadiah.

KEPADA DURRATUL AIN - K.TERENGGANU HUBUNGI AKAK SEGERA KERANA POSMEN TIDAK DAPAT MENCARI ALAMAT ANDA.

Thursday, August 5, 2010

HADIAH GA

Salam

Alhamdulillah dgn izin Allah, semalam saya telah poskan hadiah GA utk pemenang pertama Duratul Ain dari Kuala Trengganu. Sorry yer Ain akak lambat pos dan terimakaish kerana sabar menunggu.

Insyallah, hadiah pemenang yg seterusnya akan menyusul.

Sunday, August 1, 2010

GIVEAWAY HADIAH - MAAF SEBAB TAK DAPAT NAK POS LAGI..

Salam

Kepada rakan-rakan pemenang hadiah GA..saya minta maaf berbanyak2 kerana masih belum dapat mengepos hadiah-hadiah yg dijanjikan, walaupun sepatutnya hadiah telah lama sampai ke tangan pemenang2.

Inatkan nak pos bulan Julai.. bulan Julai pulak terlalu sibuk dgn aktiviti..4 hari di Taiping utk centralised traning konon2nya mewakili Perak utk Sukan tahunan TM. Pas tu 4 hari lagi berada di Johor Bahru utk sukan tersebut.


Balik office jerm, kerja punyalah berlambak. Belum pun sempat mengemas rumah, disebabkan 2 kali sabtu ahad tak ada dirumah, kain punyaler banyak tak berlipat, tup-tup GM dari HQ nak datang ker Perak..apa lagi banyak ler kerja yg perlu disiapkan sampai terpaksa bawak balik ke rumah.

Jadi kepada pemenang-pemenang, jgn khuatir hadiah tersebut masih ada lagi. Harap-harap rakan-rakan pemenang dapat memahami masalah saya yer.. Insyaallh saya akan suba poskan secepat mungkin.