Clik yer..iklan ni..

Friday, November 19, 2010

PENAWAR DIABETIC

Hari ni gi klinik ambik ubat anak dan amik ubat darah tinggi spt biasa. Pd kebiasaannya, doktor akan check BP ngan glukos. Selalunya walau glukos tidaklah tinggi tetapi bacaannyua akan elbih dari 6 dan kurang dari 8. Tetapi hari ini, bacaannya cecah 11.5...nak pitam rasanya. Doktor suruh amik ubat. Akur dgn nasihat doktor saya pun amik ubat. But..maklumat yg saya jumpa diinternet mengenai kesan ubat diabetic metaform tidak begitu menyenangkan hari saya. Search internet saya jumpa maklumat ini utk dikongsi bersama.


Healthy Food For Diabetics

9 Healthy Food For Diabetics

Once you got diabetes, it is not an option to not control your food intake. It is ironic that diabetes which is related with obesity and eating lifestyle could also be control with food, but certain special food which have unique natural ingredient in a way that make them healthy food for diabetics.

These are 9 Healthy Food For Diabetics


Bitter Gourd
Bitter gourd is a vegetable which naturally contain plant insulin. Juice of fresh bitter gourd, if consumed twice a day greatly helps in controlling the level of blood glucose.

Cinnamon
Spice famously link with Indian and South East Asia cuisine also have natural insulin. Other than normally used in food ingredient, its specific preparation for diabetes treatment is not scientifically known.
A study at the Human Nutrition Research Center in Beltsville, Maryland, found that if you use ½ teaspoon of cinnamon daily, it can make cells more sensitive to insulin. Therefore, the study says, the cells convert blood sugar to energy.

After 40 days of taking various amount of cinnamon extract, diabetics experienced not only lower blood sugar spikes after eating, but major improvements in signs of heart health. And you can sprinkle cinnamon on just about anything.


Gymnema Sylvester (diagard)
Gymnema Sylvester is an ayuvedic herb. Indian expert strongly recommend the diabetics to consume around 4gm of Gymnema Sylvester daily

Jamun Seed
Powder of Jamun seed if consumed with honey daily could reverse the diabetic condition

Raw Garlic
Raw Garlic is most commonly used spice, consuming raw garlic helps to lower down the level of blood glucose.

Fenugreek
Fenugreek is an Indian herb. It has been clinically proven that consumption of 3gm fenugreek daily could helps diabetec control diabetes's sympton.

Amla
Amla juice mixed with bitter gourd juice helps prevent dangerous spike of blood glucose level.. High blod glucose level will lead to various diabetic complications.

Neem Leaves
A handful of neem seeds are healthy for diabetics

Vinegar
Vinegar has the ability to drastically reduce the formation of spike in blood glucose level.

Wednesday, November 3, 2010

myMetro | Dua individu saman syarikat kosmetik milik Sosilawati

UALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya atas dakwaan melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 5 Ogos lalu itu, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan. Media memperoleh writ saman itu melalui carian fail di mahkamah hari ini.


Saman itu difailkan 25 hari sebelum Sosilawati, 47, ditemui mati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos lalu.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof.


Peguam S H Tang yang mewakili dua ahli perniagaan itu hadir ketika kes itu disebut. Bagaimanapun tiada peguam yang hadir bagi mewakili Nouvelle Beauty. Mahkamah menetapkan 1 Disember ini bagi mendengar permohonan Low dan Lim untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Nouvelle Beauty kerana Nouvelle Beauty gagal memfailkan balasan selepas 14 hari saman dikemukakan kepada mereka.


Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof.


Dalam writ samannya, Low dan Lim mendakwa mengikut surat tawaran yang dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak atau wakil Nouvelle Beauty, pada 2 April lalu, defendan bersetuju untuk menjual sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama dengan kedai pejabat empat tingkat yang dibina di tanah itu, milik Nouvelle Beauty, kepada mereka pada harga RM3 juta. Low dan Lim berkata, mereka membayar wang kesungguhan sebanyak RM60,000 semasa surat tawaran jual beli hartanah itu ditandatangani dan baki deposit sebanyak RM240,000 akan dibayar semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangani.


"Baki sebanyak RM2,700,000 pula akan dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani, kata mereka.


Mereka mendakwa terma dan syarat-syarat dalam draf Perjanjian Jual Beli telah dipersetujui dan dijadikan muktamad oleh kedua-dua pihak pada 22 April, 2010.


Mereka berkata selepas sebulan surat tawaran jual beli hartanah itu ditandatangani, Nouvelle Beauty melalui surat peguamcaranya bertarikh 30 April, 2010, memaklumkan mereka tidak berniat untuk meneruskan transaksi jual beli hartanah itu kerana mereka dikehendaki menunggu selama enam hingga 12 bulan untuk mendapatkan kebenaran pindah milik kepada bukan bumiputera serta bagi menyempurnakan seluruh transaksi jual beli untuk memperoleh harga belian sebanyak RM3 juta tersebut.


Low dan Lim mendakwa mereka, melalui satu surat bertarikh 3 Mei, menegaskan Nouvelle Beauty terikat kepada terma-terma di dalam Perjanjian Jual Beli hartanah memandangkan kedua-dua pihak bersetuju terhadap terma-terma penjanjian itu.


Mereka mendakwa Nouvelle Beauty pada 25 Mei, 2010, memulangkan surat Perjanjian Jual Beli, suratcara pindahmilik, borang permohonan untuk kebenaran pindah milik beserta cek plaintif berjumlah RM240,000 kepada mereka.


Mereka berkata, Nouvelle Beauty bagaimanapun gagal membayar wang sebanyak RM60,000 yang dibayar mereka sebagai wang kesungguhan.


Mereka memohon satu perisytiharan bahawa terdapat satu perjanjian yang sah di antara plaintif dan defendan di mana plaintif telah bersetuju untuk membeli dan defendan bersetuju untuk menjual tanah itu berasaskan kepada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Jual Beli.


Mereka juga memohon perintah mahkamah supaya Nouvelle Beauty meneruskan pelaksanaan Perjanjian Jual Beli hartanah itu, selain perintah injunksi bagi menghalang Nouvelle Beauty daripada melupuskan hartanah itu kepada orang lain selain daripada plaintif.


Mereka juga menuntut gantirugi akibat pelanggaran kontrak perjanjian, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.-Bernama




Tuesday, November 2, 2010

myMetro | Rela mati demi isteri

myMetro | Rela mati demi isteri


ALFATIHAH



Rela mati demi isteri
Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.


Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.


Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.


“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.


Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.


Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.


Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.


Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.



Monday, November 1, 2010

myMetro | Sembahyang ingatkan kita kepada Allah

myMetro | Sembahyang ingatkan kita kepada Allah


Sembahyang ingatkan kita kepada Allah


SOLAT tidak diterima jika solat itu tidak dapat menahan seseorang daripada melakukan maksiat. Bolehkah Dr jelaskan perkara berkenaan?

Selain itu, hukum melakukan hubungan kelamin ketika isteri haid adalah haram. Bagaimanakah cara terbaik suami menyesali perbuatan itu?
ANITA
Selangor


BAGI seorang Muslim, solat adalah kewajipan utama yang wajib ditunaikan kerana perintah mengerjakan solat jelas terdapat dalam al-Quran dan sunnah.



Dalam al-Quran disebut bahawa solat berupaya mencegah seorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman yang bermaksud: “...Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); ...” (Surah al-’Ankabut ayat 45).

Antara sebabnya ialah solat sentiasa mengingati kita kepada Allah. Mereka yang sentiasa mengingati Allah akan menjauhi kejahatan dan maksiat.

Hanya mereka yang lupa kepada Allah dan ajarannya akan melakukan sesuatu yang dilarang Allah. Sekiranya masih melakukan maksiat, ia tanda solat masih belum sempurna dan mungkin ditolak Allah.

Seorang Muslim hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki amalan solatnya supaya penuh khusyuk.

Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya berjaya orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (Surah al-Mukminun ayat 1-3)

Melakukan hubungan kelamin ketika haid hukum�nya haram. Sekiranya pernah terlanjur hendaklah banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah dan berazam tidak melakukannya lagi.

Itu pendapat menurut Imam Malik, Syafie dan Abu Hanifah. Bagaimanapun, Imam Ahmad mensyaratkan suami bersedekah sebanyak satu dinar atau separuh selain beristighfar.

Ahli hadis menambah jika berlaku persetubuhan ketika masih berdarah, hendaklah bersedekah satu dinar dan sekiranya ketika sudah putus darah, separuh dinar (Ibn
ushd, 2000: I: 96).




myMetro | Kesan awal barah payudara

myMetro | Kesan awal barah payudara

KEBANYAKAN kita pernah mendengar atau mengetahui seseorang yang menghidap barah. Sama ada keluarga, rakan aau rakan kepada rakan, barah adalah penyakit yang tidak mengenal mangsa. Sesiapa saja berisiko menghidapinya, tanpa mengira latar belakang jantina, bangsa mahupun pekerjaan.

Pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa, begitu juga dengan barah payudara - barah paling biasa dihidapi wanita di kebanyakan negara di dunia.
Softlan turut mengakui penyakit barah payudara sebagai risiko kesihatan utama untuk wanita di negara ini. Pengesanan awal sememangnya penting untuk mengurangkan kematian akibat barah ini.

Justeru, kempen amal barah payudara Softlan diadakan dengan hasil sumbangan daripada kempen terbabit diperuntukkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Barah Kebangsaan (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Barah Payudara (BCWA) untuk menyokong usaha melakukan pemeriksaan awal barah payudara.



Tahun lalu, kempen terbabit mengumpul sejumlah RM76,366. Atas kemurahan hati pengguna, jumlah terbabit melebihi sasaran awal.



Pada Mac tahun ini, sumbangan itu diberikan kepada Makna, NCSM dan BCWA apabila sumbangan terbabit digunakan untuk menyokong usaha ke arah kesedaran terhadap pengesanan awal barah payudara.

Mulai 1 November, sebanyak 10 sen daripada penjualan setiap botol Softlan berserta reben merah jambu akan didermakan kepada pertubuhan berkenaan.

Softlan berharap mampu mengulangi kejayaan tahun lalu dengan jumlah sumbangan sebanyak RM70,000. Justeru, ia mengalu-alukan penggunanya untuk membantu menentang barah payudara menerusi pembelian mudah botol Softlan berkenaan.

Untuk lebih mendalami penyakit ini, orang ramai diundang ke pasar raya Giant, Kota Damansara mulai 29 Oktober hingga 5 November ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barah payudara.

Siri pendidikan, tayangan video dan aktiviti interaktif disediakan untuk pengunjung manakala Makna menyediakan kaunselor untuk memberi nasihat mengenai pengesanan awal barah payudara