Clik yer..iklan ni..

Tuesday, May 10, 2011

Risiko Diabetis

Salam.

TErtarik dgn info yg diberikan oleh seorang blogger yg menggelarkan dirinya Marhaen Kacak. So saya nak kongsi maklumat yg telah sayabaca dari ruangannya.

Fakta 1 : Diebetes Boleh Akibatkan Penyakit Mata

Penyakit mata diebetes (Diebetec Retinophaty) boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti kawalan aras gula, tekanan darah, genetik dan sebagainya...Walaupun pada pengidap diebetes, kawalan aras gula yang baik dengan pengambilan ubatan secara konstan dapat mengurangkan risiko Diebetec Retinophaty (DR) atau sekurang2nya tak la penyakit ini berkembang ke tahap yang serius...

Fakta 2 : Tiada Tanda Atau Amaran Yang Jelas

Tiada tanda atau simptom yang jelas akan berlaku bagi DR sehinggalah ke peringkat yang severe.. Adakalanya simptom dan tanda awal berikut perlu diberi perhatian tidak kira kepada pesakit atau bukan pesakit diebetes :

Kabur Pandangan
Pandangan berganda (Double Vision)
Sukar melihat pada bahagian sisi medan penglihatan (ekor mata)
Objek kecil melayang2 dalam medan penglihatan (floaters)
Tompok hitam pada medan penglihatan
Sakit dan tekanan dari dalam mata

Fakta 3 : Pesakit Diebetes Perlukan Pemeriksaan Mata Berkala

Adalah menjadi kemestian pesakit diebetes perlu menjalani diebetec eye screening di hospital sekurang2nya setahun sekali...Pemeriksaan perlu dijalankan dengan pengembangan anak mata (dilated pupil) supaya lebih luas lagi kawasan retina yang dapat di periksa.. Pemeriksaan ini penting untuk memantau DR supaya apa2 perkembangan peringkat awal DR dapat dicegah dari melarat ke peringkat yang serius..

Fakta 4 : Risiko Penyakit DR Tetap Ada Walaupun Dengan Pengawalan Aras Gula

Pesakit diebetes, walaupun dengan pengawalan gula yang baik tidaklah akan terhindar dari DR 100%. DR boleh berlaku juga jika aras gula sentiasa di tahap yang normal.. Walaupun begitu pengawalan yang baik dapat melambatkan progres DR dan sekaligus dapat dicegah sebelum mencapai peringkat yang kronik..

Fakta 5 : Penghidap Diebetes Berisiko Mengidap Glaukoma

Pesakit diebetes terdedah kepada risiko untuk megidap glaukoma 40% lebih tinggi dari individu lain...Lebih lama penyakit diebetes dihidapi, semakin tinggi risiko untuk mengidap glaukoma...Risiko ini juga meningkat jika umur semakin meningkat...

Fakta 6 : Penghidap Diebetes Berisiko Mengidap Katarak

Kalau korang mengalami diebetes, risiko korang mengidap katarak juga meningkat. Pesakit diebetes boleh mengidap katarak pada usia lebih muda dan perkembangan katarak lebih cepat daripada individu lain...

Fakta 7 : DR Boleh Rosakkan Retina

Jika kandungan gula dalam darah terlalu tinggi, dinding salur darah akan menjadi lemah. Cecair dan komposisi2 darah akan meresap keluar dari salur darah retina dan menyebabkan tumbuhnya salur2 darah baru yang amat lemah daya tahan..Darah dan bendalir2 lain akan keluar dari salur2 darah baru ini dan akan menyebabkan retina bengkak. Retina bengkak ini akan mengurangkan pengambilan nutrien dan oksigen sekaligus akan merosakkan struktur retina...fenomena ini akan menyebabkan kebutaan..

Fakta 8 : Pembedahan Laser Boleh Melambatkan Progres DR

Pembedahan Laser berfungsi untuk mengecilkan salur2 darah abnormal serta menampal bahagian2 retina yang 'bocor' akibat pengaliran keluar bendalir2 darah.. Pembedahan ini dapat mengurangkan risiko kepada kebutaan kepada sesetengah individu yang mengidap DR.. walaubagaimanapun dalam kebanyakan kes, penglihatan pesakit tetap dalam keadaan yang sama (teruk). Rawatan Laser hanya dapat mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk sahaja...




No comments:

Post a Comment