Clik yer..iklan ni..

Thursday, October 13, 2011

CHEESE CAKE

Bahan-bahan ( 18cm )

250g cream cheese
200g sour cream/plain yogurt
30g butter
*40g gula halus
*20g susu pekat manis
*20g madu
2 biji telur kuning
1 biji telur
100ml fresh cream
50ml fresh milk
25g corn starch
1/2 biji lemon jus
1/2 biji kulit lemon
10 titik vanila oil

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. (RUJUK RESEPI COOKIES SPT DIBAWAH)

Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk.
Pukul sehingga menjadi cream.
Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
Masukkan sour cream. Mix hingga sebati.
Sagat Kulit lemon

Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.

Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.

Letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang yg lebih besar yg berisi air.
Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit.
Turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit.
Biarkan sejuk di dalam loyang.

Sejukkan kek ke dalam peti sejuk.
Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.

Resepi Base cookies
Bahan-bahan ( 18cm )
70g tepung gandum
10g cocoa powder
40g gula halus
50g butter/shortening
10-20ml fresh milk/air - adjust kekerasannya
Cara-cara Masukkan semua bahan-bahan dari atas ke bawah ke dalam beg plastik. Ramas-ramas biar semuanya bercampur.
Canaikan biar setebal 5mm
Letak di atas oven plate. Kemudian buka beg plastik. Tarik keluar plastik bahagian bawah dengan perlahan. Kalau doh melekat boleh letak sekejap dalam peti ais.
Buat jalur-jalur seperti dalam gambar supaya senang nak ambik
Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12minit. Keluarkan dan sejukkan.
Bila dah sejuk tu, masukkan ke dalam loyang. Tekan biar patah-patah/hancur dengan belakang gelas.
Cheesecake yg guna coaco cookie



No comments:

Post a Comment