Clik yer..iklan ni..

Wednesday, October 12, 2011

KUIH TAKO


Bahan-bahan:

25 helai daun pandan - dibentuk seperti kotak

Untuk lapisan bawah:

30 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
15 biji sengkuang cina - dipotong dadu
1 1/2 cawan gula
3 cawan air
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Untuk lapisan atas:

80 gm tepung jaung - dibacuh dengan secawan air
4 cawan pati santan
2 cawan air (tambahan)
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Jerang air dan gula hingga larut dan masukkan sengkuang cina, tepung Hoen Kwee dan pewarna hijau. Dengan api yang sederhana, kacau selama 10 minit atau sehingga aduan menjadi pekat kemudian tuangkan ke dalam setiap kotak daun pandan hingga paras separuh. Sejukkan.

2. Didihkan santan dengan 2 cawan air tambahan. Masukkan garam serta adunan tepung jagung. Kacau hingga pekat kemudian tuangkan ke dalam kotak daun pandan hingga penuh. Biarkan sejuk sedikit sebelum didinginkan dalam peti sejuk.




No comments:

Post a Comment