Clik yer..iklan ni..

Wednesday, October 12, 2011

KUIH TORAK


Bahan-bahannya:
Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
3 cawan air
Sedikit air kapur
1/2 cawan air perahan pandan
Gula ikut manis
Daun pisang dan tali untuk membungkus

Cara Menyediakan:

1. Dalam sebuah bekas, adun semua bahan hingga sebati. Ketepikan.

2. Menggunakan kayu bulat panjang, gulung daun pisang menjadi kelongsong dan ikat kemas hujungnya dengan tali. Ikat juga sepanjang kelongsong dengan ikatan simpul hidup. Keluarkan kayu.

3. Isi adunan ke dalam teko dan tuangkan ke dalam kelongsong sehingga tiga suku penuh. Ikat pangkalnya.

4. Rebus hingga keras serta kelongsong timbul.




No comments:

Post a Comment