Clik yer..iklan ni..

Tuesday, October 11, 2011

TALAM LAPIS PERMATA


Bahan-bahan:-
Bahan Lapisan Permata


Bahan A
50gm sagu kecil berwarna pink

Bahan B
120gm tepung beras
50gm tepung ubi
150ml santan pekat
100ml air

Bahan C
140gm gula kastor
100ml santan pekat
200ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Cara-caranya:-
Masak bahan C sehingga gula menjadi hancur (suam kuku)
Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata, tapiskan
Masukkan pula bahan A dan ketepikan sebentar

Bahan Lapis Berwarna


Bahan D
270tepung beras
150gm tepung ubi
250ml santan pekat
250ml air

Bahan E
200gm gula kastor
200ml santan pekat
300ml air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Bahan F
Pewarna hijau secukupnya
Esen pandan secukupnya

Cara-caranya:-
Masak bahan E sehingga gula cair (suam kuku)
Setelah itu, bancuh bahan D dan satukan dengan bahan E.
Tapis dan bahagikan kepada 4 bahagian. Satu bahagian pink, satu bahagian putih dan 2 bahagian hijau yang dicampur dengan sedikit esen pandan.

Cara-cara melapis:-
Mula-mula masukkan bahagian merah dan kukus selama 10 minit.
Kemudian masukkan putih, kukus 10 minit. Masukkan pula bahagian hijau, kukus 10 minit.
Masukkan pula bahagian lapisan permata dan kukus 10 minit
Akhir sekali masukkan bahagian hijau dan kukus selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
.

No comments:

Post a Comment