Clik yer..iklan ni..

Wednesday, October 12, 2011

WANTAN GORENG

Bahan-bahan:

1/2 biji putih telur
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil gula
150 gm udang/isi ketam/ayam
1 pokok daun bawang
150 gm kulit wantan
1 biji telur - dipukul
Secubit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan:

1. Bersihkan udang, isi ketam atau ayam.

2. Perapkannya dengan putih telur, kicap cair, gula, garam dan serbuk lada sulah selama 1/2 jam.

3. Letakkan inti ini di tengah-tengah kulit wantan.

4. Sapukan telur yang telah dipukul di hujung kulit wantan.

5. Kemudian cantumkan mengikut bentuk yang disukai.

6. Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.

7. Hidangkan bersama sos cili (resipinya di bawah).


Sos Cili

Bahan-bahan:

6 biji cili merah
2-4 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 sudu besar sos tomato
1/4 sudu besar cuka (jika suka)
1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam


Cara menyediakan:

1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus.

2. Masukkan sos tomato, cuka, gula dan garam.

3. Masak selama 5 minit atau renehkan hingga dapat kepekatan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment