Clik yer..iklan ni..

Sunday, February 12, 2012

Memakan buah-buahan segar, sama ada dimakan mentah atau dibuat jus memang amat berkhasiat kepada kesihatan badan dan dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit atau gejala kesihatan yang lain.
Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan, terdapat beberapa campuran jus buah-buahan tertentu yang boleh merawat beberapa masalah kesihatan, seperti yang dipanjangkan di bawah ini….. selamat mencuba!

1. Lobak merah + Halia + Epal hijau
- Meningkatkan dan membersihkan sistem dalam badan.



2. Epal hijau + Timun + Seleri
- Menghindari kanser, mengurangkan kandungan kolesterol, dan menghilangkan sakit perut dan sakit kepala.

3. Peria katak + Epal hijau + Susu
- Menghindari nafas berbau dan menurunkan panas dalam badan.

4. Oren + Halia + Timun
- Memperbaiki tekstur dan kelembapan kulit, serta mengurangkan panas badan.

5. Nenas + Epal hijau + Tembikai
- Membuang garam berlebihan, menyihatkan pundi kencing dan ginjal.

6. Epal hijau + Timun + Kiwi
- Memperbaiki keadaan kulit.

7. Pear dan Pisang
- Mengawal atur kandungan gula.

8. Lobak merah + Epal hijau + Pear + Mangga
- Menurunkan panas badan, Membuang toksik, menurunkan tekanan darah tinggi dan melawan pengoksidanan.

9. Tembikai susu + Anggur + Tembikai + Susu
- Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti (pertahanan) badan.

10. Betik + Nenas + Susu
- Kaya dengan vitamin C, E, zat besi (ferum). Memperbaiki keadaan dan metabolisme kulit.

11. Pisang + Nenas + Susu
- Kaya dengan vitamin dan bergizi serta menghalang sembelit.

No comments:

Post a Comment