Clik yer..iklan ni..

Monday, September 24, 2012

JADUAL KELAS MASAKAN DI IPOH BULAN OCT 2012 -

Salam

13 October 2012 Sabtu Kelas Talam Part 1 ( 10.00- 4.00pm)


Yuran RM120 utk 10 jenis kuih talam, Tidak pelu bawa apa-apa cuma bawa bekas dan bawa apron.

Seri muka pandan
Talam gula merah
Talam jagung
Talam keladi
Talam suji
Talam tokyo
Talam cendol
Talam Skoteng
Talam Roti Paun
Talam Kacang Merah

Kelas hand-on maksudnya kena buat sama-sama, timbang barang sama-sama. Kelas hanya berjalan jika terdapat sekurangnya 5 orang peserta.

Bank in depositRM20 ke maybank 108029393737 ( Saidah). Deposit tidak dikembalikan. Lokasi di Ipoh, Perak ( Tmn Lapangan Melodi )  Berminat sila hubungi 013-5282194.

__________________________________________________________________________________
21 Oct 2012 , Ahad Kelas Nasi lemak Kukus. (10.00am- 2.00PM) Lokasi di Taman Lapangan Melodi, Ipoh, Perak

Peserta akan diajar cara-cara:

1) Menyediakan Nasi Lemak kukus
2) Nasi Lemak Ekspress
3) Ibu sambal
4) 4 jenis lauk pauk - sambal ayam/ sambal sosej/ sambal telur dan sambal ikan bilis.

Ibu sambal boleh diguna utk pelbagai jenis masakan - asam pedas, cencaru sumbat, nasi goreng, mee goreng etc.

Yuran : RM80

Deposit sebanyak RM20 diperlukan utk pengesahan tempat dan tidak dikembalikan. Bank in ke maybank 108029393737 Saidah samadi
Sila bawa 1 bekas sederhana besar dan 5 bekas kecil utk membawa pulang makanan yg telah dimasak. Berminat sila hubungi 013-5282194. Kelas hanya dijalan jika terdapat 5 orang peserta.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kelas Frozen 28 Oct 2012

RM80 . Peserta akan diajar cara-cara membuat makanan sejuk beku:
1) Karipap
2) Karipap Pusing
3) Popia goreng dan sosnya
4) Cucur Badak
5) Kuih Kasturi 6) Samosa

Deposit sebanyak RM20 diperlukan utk pengesahan tempat dan tidak dikembalikan. Bank in ke maybank 108029393737 Saidah samadi

Sila bawa 1 bekas utk membawa pulang makanan yg telah disediakan. Berminat sila hubungi 013-5282194. Kelas hanya dijalan jika terdapat 5 orang peserta.





Sunday, September 16, 2012

RENDANG TOK

Resepi Rendang Tok




Bahan-bahan :



1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka)

10 ulas bawang merah (dikisar)

5 ulas bawang putih (dikisar)

3 cm lengkuas (dikisar)

3 cm halia (dikisar)

2 batang serai (dikisar)

2 sudu makan serbuk cili

1 sudu makan serbuk kunyit

5 sudu makan cili kering kisar ( boleh tambah atau kurang ikut kepedasan cili)

1 liter santan

gula melaka secukupnya

garam dan gula pasir secukup rasa

sedikit isi kelapa - dibakar dan dihiris (tak letak sb tak ada stok)

sedikit kerisik

sedikit hirisan daun kunyit

2-3 helai daun limau purut

sedikit air asam jawa



Bahan-bahan yang digoreng tanpa minyak  dan ditumbuk halus:


1 sudu makan ketumbar

1 sudu makan jintan manis

1 sudu makan jintan putih

1/2 sudu makan lada hitam

4 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

5 biji bunga cengkih

Cara-cara :



Perapkan daging bersama bahan2 tumbuk selama 2 jam atau semalaman.

Masukkan bahan perapan tadi ke dlm kuali atau periuk besar bersama air secukupnya. Masak dgn api perlahan sehingga empuk. Ketepikan.

Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Serbuk kunyit dan serbuk cili dibancuh dgn sedikit air dan disatukan dgn cili kisar. Kemudian masukkan ke dalam bahan2 tumis tadi. Kacau dan biarkan ia betul2 pecah minyak.

Masukkan daging dan gaulkan rata2. Masukkan santan dan kerisik dan kacau tanpa henti dgn api perlahan.

Kemudian masukkan pula garam, gula melaka, gula pasir, daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa dan isi kelapa. Kacau lagi hingga kuahnya pekat atau kering. Ikutlah selera masing2.

Hidangkan